CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjemur Tengah Panas, Ugut Nak Buka Kain, Tuduh Malas Solat- Kakak Dakwa Adik OKU Trauma Dibuli Guru Di Sekolah

21-8-2023 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2273| Komen: 15

PETALING JAYA – Seorang pelajar perempuan orang kelainan upaya (OKU) mengalami trauma selepas mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sebuah sekolah kerana didakwa sering dibuli seorang guru wanita.


Menerusi perkongsian di Twitter @pedoqpop, pendedahan itu dibuat oleh kakak pelajar tersebut berikutan keadaan trauma adiknya menjadi semakin teruk.

Gambar Hiasan

“Adik aku buat pembedahan mata dan tidak boleh berjemur atau kena panas namun dipaksa oleh guru untuk bersukan meskipun dah bagi surat doktor. Kesannya, setiap kali dia buat aktiviti, pihak sekolah telefon suruh ambil dia sebab mata dia berdarah.

“Selain itu, guru yang sama juga pernah sebarkan cerita bahawa adik aku malas solat kerana datang haid. Paling teruk, dia siap nak ugut buka kain adik aku,” katanya.

Dalam pada itu, wanita tersebut mendakwa guru terbabit juga sering menengking dan memulaukan adik perempuannya.


“Macam-macam hinaan dia buat tapi adik aku telan sahaja. Sekarang, adik aku dah trauma dan berbulan tak pegi sekolah berpunca daripada tindakan guru itu.

“Dia punya perubahan ketara, sampai banyak kali dia termenung seorang diri. Bila pergi dekat dia, rupanya sedang menangis,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan bapanya bersama pengetua sekolah tidak membuahkan hasil apabila mereka menuduh adiknya yang berusia 14 tahun hanya membuat cerita palsu.

“Pengetua tak nak aturkan perjumpaan kami dengan cikgu tu. Pihak sekolah sehabis baik nak lindungi guru tersebut. Dah naik jumpa Pegawai Pendidikan Daerah (PPD), tapi sampai sekarang masih sama kesnya.

“Bila nak buat laporan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA), adik aku tiada kemampuan nak ‘eja’ nama guru. Dia hanya ingat guru wanita, ajar Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani selain memakai kaca mata,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai menasihatkan wanita terbabit dan keluarganya untuk membuat laporan kepada pihak atasan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Benda macam ni patut ada tindakan sekolah tersebut. Kalau PPD tak ambil tindakan, laporkan kepada JPN di bawah Unit Integriti dan Pengurusan Sekolah. Tak ada tindakan juga, lapor polis,” kata Azhar.

“Kalau PPD tak bagi maklum balas dalam dua minggu, tulis surat kepada Pengarah Pendidikan Negeri untuk minta siasatan di segerakan. Kena adil kepada semua pihak. Yang paling penting, pelajar kena diutamakan,” ujar Ooi Beng Cheng. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 21-8-2023 05:21 PM
kenapa la orang macam ni jadi cikgu
Quote I.K.A888990 21-8-2023 08:36 PM
apa kejam sangat ni
Quote Suchi 21-8-2023 08:53 PM
Peliknya.. PPKI setau iols ada kelas pagi je.
So takde plak kena sambung solat kecuali hari rabu ada koku.
Tp budak2 ni boleh je tak hadir kalau mak pak tak beri kebenaran.
Kesian plak bila cikgu ppki pun layan teruk bebudak oku ni sepatutnya kat ppki la seronok belajar.
Quote noor2 21-8-2023 09:18 PM
Cikgu ni mesti gemok ....
Quote Markonah_7 21-8-2023 10:55 PM
Cikgu pun oku ni
Quote liyamariska 22-8-2023 06:43 AM
teruknya perangai sorg pendidik membuli pelajar OKU nih...

Quote malarky 22-8-2023 09:36 AM
disarankan mangsa atau keluarga mangsa buat aduan dan proceed saman sekiranya benar guru tu berlaku zalim keatas mangsa
Quote immi 22-8-2023 09:47 AM
Dah dpt trace ke cikgu tu. Sejenis asal dpt keje & dpt gaji ni. Ikhlas ke laut. X takut dosa ke
Quote ezacbee 22-8-2023 10:36 AM
Pijak2 je cikgu tu. Memang ada, dalam 1 sekolah mesti ada cikgu perangai setan. Bukan nak mendidik tapi nak dapat gaji je.

Quote shernazz 22-8-2023 10:40 AM
Hanat lah cikgu tu...
Padahal cikgu2 khas Ni depa.adalah yang paling Sabar dan lemah lembut je okay...
Sebab depa Ni dahndiajar utk berdepan kids special needs
MCM.adek.iols.suka.peluk2..
Alahai..cikgu pung layannn
Quote KamikuP 22-8-2023 04:27 PM
Cikgu ni mesti gumuk bak Bainiun belon
Quote exclusive_vvip 23-8-2023 05:18 PM
mmg cikgu ke? takut Pembantu Pengurusan Murid yg buat..sbb PPM pun ada murid panggil cikgu..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040880 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top