PETALING JAYA – Pengguna sosial tak puas hati dan menyifatkan ianya tidak masuk akal dan sangat mahal, apabila melihat sekeping gambar memaparkan harga secawan gelas plastik hanya berisi ais berharga RM1.90.
Difahamkan, harga ais tersebut dijual di sebuah kedai korea terkenal, bagaimanapun tidak dinyatakan dengan tepat lokasi kedai berkenaan. Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh individu yang berkongsi kisah tersebut di kenali sebagai Shafiruz Zaini, gambar itu diambil ketika dia berkunjung ke kedai berkenaan sebelum ini. “Duduk lepak-lepak di kedai ini. Satu freezer jenis berdiri penuh cawan isi ais ni. Nampak seorang akak ni beli cawan ais ni, tak pasti apa yang dituangnya. “Nasib baik (kedai terkenal). Kalau nama kedai runcit Pak Abu mesti kena bagi free (percuma) kalau tak kena kecam. Begitulah perangai netizen,” tulisnya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen yang mengecam tindakan pemilik kedai tersebut yang menjual ais kosong dengan harga yang sangat mahal serta tidak masuk akal. “Beli dekat kedai 50 sen dah penuh plastik tapi tak ada cawanlah,” tulis Mimie Salamat. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mira Zaini Ramli. “Tepi rumah saya kedai dia memang jual ais batu, 50 sen banyak lagi dari yang ni,” ujarnya.-CARI Sumber: Kosmo
|
msdummy.2018 replied at 21-8-2023 04:25 PM
FM ke tewwww..hadap sgt kan
HuoJingJue replied at 21-8-2023 04:33 PM
CU mart...
anak2 muda or bapak2, mak2 kalo cerdik dia tak beli..
msdummy.2018 replied at 21-8-2023 04:41 PM
Aiyoh..cu mana nih?i xtau plak ada mart nama cu..hints lain plzzzz
HuoJingJue: CU mart...anak2 muda or bapak2, mak2 kalo cerdik dia tak beli..
msdummy.2018 replied at 21-8-2023 04:41 PM
Aiyoh..cu mana nih?i xtau plak ada mart nama cu..hints lain plzzzz
jfq replied at 21-8-2023 04:41 PM
Kedai mart korea mmg camtu
Ada tgk utube org ni beli air kat korea minimart ala2 CU ni.
cikatilia replied at 21-8-2023 04:45 PM
cu mart korean
famima japan..
msdummy.2018 replied at 21-8-2023 04:49 PM
Xpernah tgk kak...dh lama berhinrah dr kl tuhhhh...sekali sekala jer naik tuh pun sb nk g sg buloh ...
cikatilia replied at 21-8-2023 04:51 PM
akak tau pon sebab sebelah opis ni HQ cu ni..
masuk sekali menyesal dek... kalau ko masuk2 jgn cu ...
Tinot7 replied at 21-8-2023 04:54 PM
Yg gigih beli dah kenapa?
Minum ais kosong kat kedai mamak pun kena caj 50sen hokayy
msdummy.2018 replied at 21-8-2023 04:59 PM
Ye ker...fm tuh pun i rasa mahallll...sdgkan 7e pun i rasa mahal uolsssss...hikhikhik
cikatilia replied at 21-8-2023 05:06 PM
ais kedai aceh singgit dpt sepek weh.. hahahaha boleh minum berkali2... bahahahaa
msdummy.2018 replied at 21-8-2023 04:41 PM
Aiyoh..cu mana nih?i xtau plak ada mart nama cu..hints lain plzzzz
ADVERTISEMENT