CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Cemerlang Tiba-Tiba Jadi Dungu- Ibu Hantar Sihir Pada Pelajar Straight A+ Sebab Dengki Anak Sendiri Cuma Dapat 2A

21-8-2023 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23103| Komen: 183

Seorang perawat Islam berkongsikan video di laman TikToknya mengenai masalah yang dihadapi oleh seorang gadis.

Difahamkan, sebelum itu ibu gadis berkenaan ada berkongsi tentang keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya didapati oleh anaknya itu di laman sosial.


Tanpa disangka, tindakannya itu telah mendatangkan rasa tidak puas hati oleh penjaga lain, di mana anaknya cuma mendapat 2A untuk keputusan SPM.



Susulan rasa berasa dengki, individu berkenaan telah melakukan perbuatan sihir kepada pelajar cemerlang terbabit hingga berlakunya histeria serta ingatannya terjejas teruk.

Difahamkan, gadis yang dulunya merupakan pelajar cemerlang, kini seakan-akan berubah menjadi dungu.



Di ruangan komen, rata-rata kasihan melihat gadis tersebut terpaksa lalui perkara perit di usia muda hanya disebabkan tindakan ibunya.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menasihati agar orang ramai tidak terlalu berkongsikan kebahagiaan di laman sosial. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 21-8-2023 03:23 PM
Betulke sihir  boleh buat org bodo... Aku skrg suke beepikiran seperti matbsaleh sbb bila aku caye tahyul semua ni aku jd lagi takut
Quote sk8er 21-8-2023 03:38 PM
Aku percaya sbb aku sekeluarga pun prnh kena. Walaupun aku bukan jenis upload hal hidup aku di socmed, apatah lagi results anak2 dan di mana anak2 aku bljr.

Aku berubat dgn sorang yg mmg terkenal, yg buat aku sedih bila dia kata org tu nak buat sampai anak2 aku jadi bodoh dan gila. Aku serious tak blh terima. Aku doa segala keturunan dia tak menjadi manusia berguna!
Quote B40tastePosh 21-8-2023 03:46 PM
sk8er replied at 21-8-2023 03:38 PM
Aku percaya sbb aku sekeluarga pun prnh kena. Walaupun aku bukan jenis upload hal hidup aku di socme ...

Penting elakkan orang luar tahu pasal keluarga kita...kalau kenduri jemput je 100 orang di hotel sis.
Quote bondeh 21-8-2023 03:52 PM
Aku ada sorang kawan yang suka share perkembangan & pencapaian anak2 dia kat media sosial, walhal anak2 dia usia 5, 6 & 8 tahun. Dia ada repost pasal cerita nih, komennya apa salahnya nak kongsi pencapaian anak2 yang membanggakan. Pedulikan apa orang nak cakap, ada yang suka private life katanya. Dan dia juga suka kongsi keindahan rumahnya, kenaikan pangkat & gajinya, kegigihan dia laki bini nak achieve sesuatu benda.

Kadang2 takut tengok dia kongsi gambar anak2 dia siap tunjuk sekolah mana apa semua..
Quote sayurmayur88 21-8-2023 03:53 PM
betul.
yg lagi bahaya dari sihir adalah "ain" iaitu pandangan mata jahat/dengki atau keinginan yg melebih2 olh pemilik mata yg melihat tapi dia x dapat.. hati2.. jgn terlalu show off ke media sosial. privacy itu adalah paling baik .
Quote sk8er 21-8-2023 03:59 PM
B40tastePosh replied at 21-8-2023 03:46 PM
Penting elakkan orang luar tahu pasal keluarga kita...kalau kenduri jemput je 100 orang di hotel s ...

Ya sis, if u read carefully, mmg i ada kata i jenis yg x upload abt my life di socmed., Jgn kata socmed, i mmg jenis x bercerita pun dgn sesiapa.

What i want to say is, kalau dah ada manusia jenis pendengki, kita tak bercerita pun dia ttp buat apa dia nak buat just sbb hati dia busuk tgk org lain happy.

Apatah lagi kalau org yg jenis segala benda nak upload di socmed, lagi laaaaaaa prone nak kena sihir2 ni....aku serious x paham apa kejadah yg jenis suka upload hal hidup kat socmed ni haaaaaa???
Quote sk8er 21-8-2023 04:00 PM
bondeh replied at 21-8-2023 03:52 PM
Aku ada sorang kawan yang suka share perkembangan & pencapaian anak2 dia kat media sosial, walhal an ...

Tak paham kan org mcm ni?
Apa keperluan upload segala tu di socmed???
Quote B40tastePosh 21-8-2023 04:05 PM
sk8er replied at 21-8-2023 03:59 PM
Ya sis, if u read carefully, mmg i ada kata i jenis yg x upload abt my life di socmed., Jgn kata s ...


Budak2 memang tak kuat dgn sihir² memang mudah kena.

Iols nanti kalau kahwin memang kalau boleh nak sorok anak² dari pengetahuan orang....lantak la nak kata introvert ke apa... Biar anak² dengan circle diorg je..memang dh plan nak pindah tempat lain untuk besarkan anak²
Quote babelina 21-8-2023 04:18 PM
scary nya.. psl ank2 pn bole sihir2 ye..
aku pula klau upload pape ngn laki aku.. msti latepost.. tu pn jadi kedengkian ipar duai konon asyik bjln.. seram la org skrg nie..
Quote Kitty_catz 21-8-2023 04:19 PM
sohih ka citer nehh? cam merepek jahhh
Quote batmana 21-8-2023 04:26 PM
Jin ni sifatnya menipu..confirm ke tuduhan jin tu?apa ada Jabatan KeJin Malaya yg boleh diversifikasi tuduhan tu?
Pada aku ni karut aja..kalu sihir bodohkn org ada..pasti zmn nabi dh ramai sahabat nabi bodo2 belaka Kene sihir cmni..apa zmn nabi xde jin ke?

Lagi 1..pengamal perubatan Islam tak boleh mengaku apa yg dia tgk,rasa tu adalah jin..pasal mgkin tu iblis..atau setan..ko SBG manusia mana bole beza makhluk cmni?

Sedangkan nabi kena sihir pun ..nabi tak tau tu iblis ke Jin.. malaikat turun bitau baru confirm tu jin.. apa ko lagi hebat dari Nabi ka?
Quote Nana_Man 21-8-2023 05:17 PM
Tu sbb bab anak dan laki ni, kalau bole takmo terlebih share kt socmed. Especially anak2. Bahaya.
Quote KamikuP 22-8-2023 04:32 PM
sk8er: Tak paham kan org mcm ni? Apa keperluan upload segala tu di socmed???


Nak ikut jejak kak KM kot sis..segala benda bnak upload cuma tang jimak je yg belum upload lagik ekekeke

Quote dua_chzy 22-8-2023 04:37 PM
B40tastePosh replied at 21-8-2023 07:46 AM
Penting elakkan orang luar tahu pasal keluarga kita...kalau kenduri jemput je 100 orang di hotel s ...

Ini betul.

Keep your life private.
Quote grouper 22-8-2023 05:21 PM
Org yg upload je kejenya kat socmed ni terlalu self-centered. Walaupun benda ni adalah lazim pada setiap orang, ciri-ciri personaliti narsistik yang secara klinikal signifikan
dianggarkan terdapat pada kira-kira 1-2% daripada populasi umum. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa media sosial dan teknologi moden boleh memperhebat beberapa tingkah laku tertentu, yang mungkin menjadikannya lebih ketara dan mudah dilihat oleh orang lain.
Quote IzzahF 22-8-2023 05:34 PM
dulu aku tak caya benda2 ni, since opismet aku kena santet dgn perempuan orang asli anak tok batin dari satu bukit yg sejuk, yg keje satu opis juga. makanya baru aku percaya

cuma dlm kepala memikir how it works eh?
Quote Tinot7 22-8-2023 07:31 PM
IzzahF replied at 22-8-2023 05:34 PM
dulu aku tak caya benda2 ni, since opismet aku kena santet dgn perempuan orang asli anak tok batin d ...

Apa yg berlaku kat opismet hang?

Kena minyak pengasih ka?
Quote Buritan 22-8-2023 07:34 PM
sk8er replied at 21-8-2023 03:38 PM
Aku percaya sbb aku sekeluarga pun prnh kena. Walaupun aku bukan jenis upload hal hidup aku di socme ...

Betul ek.. sian sis.. anak sis pandai sgt kot smpai org jeles
Quote nono86 22-8-2023 07:41 PM
Kitty_catz replied at 21-8-2023 04:19 PM
sohih ka citer nehh? cam merepek jahhh

Begitulah kata2 orang2 yang tak pernah kena atau lihat sendiri...

Kat kampung aku ada, bijak pandai budak ni, dapat masuk tun fatimah lagi.. adik dia pun kena jugak wei..
Lepas tu masa aku sekolah, budak ni masuk intake form 4, of cuz mmg tersangat pandai la sebab cemerlang pmr kan.. masa exam, dia tempat no 2, bagi seluruh batch form 4 bagi sekolah sains SBP time tu.. sekejap aje, pastu tak pegi kelas, duk bilik sakit.. tapi dia tak sakit, sihat aje macam orang lain.. dia kata tak nampak jalan nak pegi kelas, gelap je semua..tak lmaa lepas tu terus dia berenti sekolah kat situ.. tapi ada jugak la cleaner asrama cakap dia bohong.

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.088615 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top