"Sedapnya aiskrim, bola bola bola bola bola bola, sedapnya aiskrim!" Antara dialog yang dituturkan oleh seorang TikToker lelaki dari Malaysia secara berulang kali sambil melakukan aksi menjilat aiskrim serta mengangkat kaki ke wajahnya.
Dia juga membuat pelbagai gerakan badan yang pelik sebagai reaksi selepas diberikan 'gift' oleh penonton ketika siaran langsung (live) di TikTok. Perbuatan meniru karakter anime atau robot yang disebut sebagai non-player character (NPC) itu menjadi ikutan di seluruh dunia kerana mampu membawa pendapatan lumayan buat TikToker yang melakukannya secara 'live'. Menurut pengguna Twitter, TikToker berkenaan mampu meraih wang sehingga puluhan ribu ringgit selepas menerima pelbagai gift ketika melakukan aksi NPC ketika TikTok live. "Yang complain ni gaji berapa? Income dia ni sebulan paling busuk pun RM10,000 lebih. "Aku tak boleh blah la. Bola bola bola bola bola. Sedapnya ice cream. "Yang send gift tu niat nak torture tapi dalam masa sama mengkayakan owner," ciap @ayspaces. Selain TikToker lelaki itu, ramai lagi content creator Malaysia mula melakukan aksi NPC sehingga siaran live mereka menjadi perhatian netizen. Di ruangan komen, ramai netizen menyelar aksi mereka yang dianggap pelik, namun ada yang turut memberikan pujian atas kreativiti dalam menjana pendapatan. "Sebab TikTok bagi orang duit banyak, mungkin itu faktor wujud content, live yang bukan-bukan. Orang normal berlakon gila, begitulah kehidupan sekarang buat apa saja nak cari duit. Sehingga anak muda tak nak sambung belajar. "Tak apalah gaji sikit, daripada kena jual maruah mengemis duit kena jadi orang bodoh macam ni. "Kalau aku jenis tak malu macam ni. Aku pun boleh cepat kaya. "Mungkin saya patut mula buat live NPC," tulis beberapa netizen. -CARI Sumber: mStar
|
cikatilia replied at 21-8-2023 02:35 PM
makin byk plak acah2 NPC ni
hat tudung reben2 lipat2 gulung2 tu namanya NPC Rosak
dua_chzy replied at 21-8-2023 01:49 PM
Yeap.
Trend bodoh ni boleh buat duit.
evlinne replied at 21-8-2023 02:45 PM
Couple kokesen ni je yg berjaya adapt npc character irl
Yg lain sume acah2 je lebih, x jadi pun
M ...
Skuau replied at 21-8-2023 06:54 AM
makin payah la nanti cikgu nk bgtau murid/pelajar..belajor tinggi2,amik degree,master bagai..jadi ...
Skuau replied at 21-8-2023 06:54 AM
makin payah la nanti cikgu nk bgtau murid/pelajar..belajor tinggi2,amik degree,master bagai..jadi ...
dua_chzy replied at 21-8-2023 06:51 PM
Ni antara tiktoker NPC paling masyuk buat duit kat US sana.
Skuau replied at 21-8-2023 10:56 AM
hahaha...acaner ni cikgu...dedulu ckgu ngajor bg budak pandai....LA NI...yg bodoh2..lg idup(boleh ...
ADVERTISEMENT