CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Aku Tak Faham Kenapa Ibu Bapa Sanggup Hantar Anak Umur 7-10 Tahun Masuk Asrama Tahfiz," -Bekas Pelajar Dedah Punca Masalah

21-8-2023 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8518| Komen: 134

Sebut pusat tahfiz, kebanyakan orang terbayang kejadian-kejadian yang mengaibkan seperti salah laku penghuni dan tenaga pengajar yang sering mendapat perhatian masyarakat.

Disebabkan itu seorang pelayar Twitter dikenali sebagai Aiman Roslan tampil berkongsi pandangannya.


Mengakui turut mempunyai latar belakang sebagai pelajar tahfiz, dia menyatakan rasa hairan kenapa ibu bapa sanggup menghantar anak-anak seawal usia tujuh tahun ke pusat pengajian berasrama tersebut.

Foto: Twitter

“Walaupun aku ada background tahfiz, tapi sampai sekarang aku tak faham kenapa ibu bapa sanggup hantar anak umur tujuh hingga 10 tahun masuk tahfiz asrama.

“Umur macam tu patutnya masih membesar dengan kasih sayang mak ayah, bukan dengan ustaz atau ustazah dan senior,” ciapnya.

Dia berpendapat n masih terlalu awal untuk membiarkan kanak-kanak semuda itu untuk diajar berdikari dan hidup sendiri.


“Disebabkan itulah banyak kes buli, gangguan seksual dan masalah sosial dalam kalangan pelajar dan guru tahfiz.

“Ramai lepasan tahfiz yang ada trauma dan insecurity (rasa tidak selamat) yang tinggi. Siapa yang pernah merasai akan faham,” tambahnya lagi.

Perkongsiannya itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna Twitter sehingga ada yang bertanyakan lebih lanjut tentang usia ideal untuk memasuki sekolah tahfiz.


Susulan itu, dia menyatakan kemasukannya ke tahfiz adalah pilihan sendiri selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Malah katanya, sebelum diterima masuk, dia perlu melalui beberapa ujian.

“Bagi yang bertanya, saya pilih untuk masuk tahfiz selepas PMR. Ada ujian kemasukan tahfiz dan saya berjaya dapat tempat... saya dalam sistem tahfiz daripada umur 16 hingga 17 tahun.

“Alhamdulillah saya dapat habiskan 30 juzuk dalam masa setahun dan enam bulan dan ramai lagi kawan-kawan saya yang habis lebih awal,” coretnya lagi.

Selepas itu, dia meneruskan pengajian akademik dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Alhamdulillah saya dapat keputusan 11A dan menyambung pelajaran dalam jurusan ekonomi di universiti awam tempatan. Sekarang bekerja sebagai pengurus di sektor swasta.

“Doakan saya dapat terus jaga dan amalkan al-Quran yang Tuhan berikan. Ini adalah hadiah dalam masa yang sama tanggungjawab berat untuk kami pikul,” tambahnya lagi.

Ciapan yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya mengakui melalui episod sukar seperti yang diperkatakannya.

Tidak kurang juga yang menyatakan mengalami trauma sehingga tidak dapat berkomunikasi baik dengan ibu bapa.

Selain ramai yang berasa kesunyian dan beranggapan seolah-olah tidak disayangi oleh keluarga.

“Saya masuk asrama sejak darjah empat... selama 10 tahun. Sangat boleh relate... sampai sekarang rasa macam inner child tersakiti, sudahlah anak sulung.

“Betul. Setuju 100 peratus... dipaksa masuk tahfiz pada umur lapan tahun. Masih beri kesan sehingga hari ini. Saya fikir umur terbaik untuk masuk ke pusat tahfiz adalah bermula 13 tahun dan tidak seharusnya dipaksa.

“Mak saya dulu berniaga depan tahfiz dan dia selalu tanya budak-budak ni memang minat nak masuk tahfiz ke? Kebanyakan jawapan adalah ‘tak nak masuk tapi mak paksa sebab nakal'.

“Kalau parents nak masukkan anak belajar tahfiz, sekurang-kurangnya umur 12 tahun sebab masa tu baru matang. Apabila dah masuk, tengok proses dalam setengah tahun... jika anak tak minat belajar, berhentikan,” ujar beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 21-8-2023 01:22 PM
Nak anak masok situ sebab nak menayang..

Quote Buritan 21-8-2023 01:29 PM
Aku lg suke anak aku dpn mata.. masa kita dgn depa pun kojappp sgt.. mcm hari ni beranak.. tup tup anak dah masuk u dah pungg.. lopes tuu dia bwk psgn nak kawin..pas tuu dia pun dah sibuk dgn family dia sendiri..
Quote midori888 21-8-2023 01:30 PM
simple...sebab parent nak lari dari tanggungjawab...
Quote BENTARA 21-8-2023 01:35 PM
midori888 replied at 21-8-2023 01:30 PM
simple...sebab parent nak lari dari tanggungjawab...

yg ni aku setuju sgt sgt
Quote anggeriklatifah 21-8-2023 01:37 PM
Simple diornag nak lari dari tanggungjwab. Tapi diorng takkan nak mengaku..so diorng akan jawab...nak anak jadi baik dari awal...dan perbagai alasan utk menutup plan sebnr mereka
Quote ezacbee 21-8-2023 01:39 PM
Cian umo 7 tahun dah hidup sendiri..
Quote Lampuled 21-8-2023 01:49 PM
Kalau nak anak jd hafiz mmg kena letak diaasrama ke? Tak de ke tahfiz harian?
Quote Noraniza_Iblis 21-8-2023 01:52 PM
Lampuled replied at 21-8-2023 01:49 PM
Kalau nak anak jd hafiz mmg kena letak diaasrama ke? Tak de ke tahfiz harian?

tkde.. sbb nnt budak leka, lupa segala benda yg di hafaz..
sbb tu blh balik rumah setahun berapa kali je..
weekend..family hnya blh bwk keluar kejap je,ambil pagi tp kene hantar balik sblm 12.30pm..
Quote ina_na 21-8-2023 01:58 PM
Edited by ina_na at 21-8-2023 01:59 PM

Mmg kesian tgk..Kalo yg parent paksa.. kecik2 dah msk asrama..bl dah besar ramai x nak anta anak ke asrama..bff anak aku parent dia msk tahfiz dr kecik..dia org citer x nak anak2 msk tahfiz..biar la dia org ajar kat rumah bab agama... Pg anak2 p Sjkc..yg sekolah menenggah pun msk sekolah biasa je.. walaupun mak bapak blk dr belajo kat Arab sana.. x de pun pakai jubah,serban,ketayap..mcm kita2 ni je... Kesan Anta anak secara paksa ke tahfiz,asrama ni nampak 20,30thn akan dtg.. lgpun dia org citer sbrnye nak hafal Qur'an senang..nak sentiasa maintain hafal Qur'an tu ssh..selamba je dia org ckp cer tanye yg penah hafal Qur'an tu.. btl2 ke msh hafal..sbb dia citer sy sendiri pun banyak lupa...
Quote syamzana 21-8-2023 02:02 PM
iols kesian tgk bdk kat atas tu dah la comel2 gitu sggup makayah dia anto. kalau i nak peluk2 lagi umur baya gitu.
anak iols 14thn ni pun kdg2 mai ketuk bilik nak lepak skali peluk2 iols (pdhal takut lepas tgk cite antu).
entah la...bila kita komen kata mslh org lain2 so jgn pukul rata yg anto anak ke asrama sedari kecik tu makpak malas.
Quote Lampuled 21-8-2023 02:02 PM
Noraniza_Iblis replied at 21-8-2023 01:52 PM
tkde.. sbb nnt budak leka, lupa segala benda yg di hafaz..
sbb tu blh balik rumah setahun berapa k ...

Kesian plak limited sgt waktu dgn family.
Cmna nk bonding dgn parent.
Bonding tu la yg akan buat anak teringat utk doakan bila dh takde nnti.
For me atleast tgkatan 1 tu ok la kot.
Quote Noraniza_Iblis 21-8-2023 02:08 PM
Lampuled replied at 21-8-2023 02:02 PM
Kesian plak limited sgt waktu dgn family.
Cmna nk bonding dgn parent.
Bonding tu la yg akan buat ...

anak buah aku..
2 org masuk asrama tahfiz, yg akak die start dr 10 tahun..adik die 8 tahun..
yg adik die dh 2x lari skolah.. die ckp, ade budak bukak seluar die mlm2..
tp abg aku bangang tknk percaya, aku mmg percaya...budka tkkan nk menipu..
sbb aku time form 1 skolah asrama maahad pn
mmg dh ade bnda2 gitu...
Quote krustykrab 21-8-2023 02:13 PM
Biasanya yg htr tahfiz umur muda² ni sb malas jaga anak. Keje diorg produce je sebyk mungkin, part jaga dll biarkn org lain ambik alih.
Quote mamapea 21-8-2023 02:16 PM
midori888 replied at 21-8-2023 01:30 PM
simple...sebab parent nak lari dari tanggungjawab...

ni btl sbb adik aku pun hntr dia masuk tahfiz...tp adik aku rajin tiap2 minggu pi jenguk anak dia...
yg kesian kwn anak dia...makbapak lgsg x pi jenguk sbb sebok berniaga...berniaga pun dasyat la sbb buka restoran...tp anak kt tahfiz lgsg diorg x peduli...adik aku la dok bg mkn & bg brg keperluan utk anak dia...skrg xtau la mcmana...
Quote noor2 21-8-2023 02:18 PM
Comelnya budak ni...tgk.jari dia...muka dia rasa nk gigit2...kuat betul hati mak pak budak2 ni hantar anak2 jauh dgn mak ayah...not me
Quote batmana 21-8-2023 02:22 PM
ada puak2 yg promot dgn kisah imam syafie kene suruh maknya blaja quran, masa umur 7 tahun.. sebab tu dorg gigih msukn muda2 cmni..

aku bukan anti tahfiz, tapi kna umur sesuai cm posting atas, lps PMR bole sgt
Quote fairiza 21-8-2023 02:23 PM
midori888 replied at 21-8-2023 01:30 PM
simple...sebab parent nak lari dari tanggungjawab...

Tamak syurga pun ye. Sbb anak yg hafiz ni boleh bw ibu bapa ke syurga.
Aku mmg x setuju langsung budak2 umur camtu dah masuk tahfiz. Patut depa hidup dgn kasih syg ibu bapa. Yg htr anak asrama seusia 13 thn pun aku rs x ptut. Sbb time ni la kita sbg mak bapak nak ajar depa dr segi mengurus diri sendiri. Pastu bonding pun xde sbb lps sekolah masuk u pulak. Lps u keje dok sendiri pulak. Mmg anak2 kurang kasih syg sungguh. Anak aku semua masuk asrama start form 4. X puas nak manja2 ngan anak2 kalau htr awai sgt.
Quote batmana 21-8-2023 02:24 PM
atau buat syarat baru, mana2 mak pak yg nk masukn anak bwh 10 tahun dlm tahfiz, mak pak kene buktikan diri sendiri dah hafal quran 30 juzuk.. barula bole msuk anaknya..

Quote yenil95 21-8-2023 02:32 PM
meols ada kenal makpak anta anak umur 10 taun ke tahfiz..umur sekolah menengah hantar pi sekolah pondok kat Indon..Nangis achik kenangkan budak budak tu..

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.103667 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top