Hafreez Adam dilabel sebagai calon suami idaman selepas berkongsi video melakukan kerja-kerja rumah. Di Instagram, dia berkongsi kegiatannya seperti memasak, membasuh dan melipat pakaian serta mencuci tandas.
Hafreez memberi bayangan suatu hari nanti jika dia mendirikan rumah tangga, dia akan melakukan semua kerja-kerja rumah itu demi isterinya. “Bukan takut, tapi sayang (isteri),” tulisnya sebagai kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata menganggap bahawa pelakon itu boleh menjadi calon suami idaman kerana rajin dan boleh diharap untuk melakukan kerja-kerja rumah. “Beruntung siapa kahwin dengan Hafreez Adam pandai segala-galanya dan rajin,” ujar seorang netizen.
“Rajinnya. Boleh nampak material seorang calon suami,” kata seorang lagi pengguna Instagram. “Calon menantu idaman mentua,” usik seorang netizen.
Hafreez yang sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan aktres, Zara Zya selepas menjalinkan hubungan cinta sejak 2018. Bagaimanapun, hubungan mereka tidak sampai ke jenjang pelamin selepas masing-masing membuat keputusan untuk berpisah sebulan kemudian pada 2019.
Pada tahun 2021, Hafreez kemudiannya digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Azar Azmi sebelum hubungan mereka tiba-tiba sepi tanpa sebarang perkembangan. – CARI Sumber: Kosmo
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|