SHAH ALAM – Seorang graduan Diploma Sains Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertuah apabila menjadi penerima skrol ke sejuta bagi universiti tersebut, hari ini. Menurut Nur Liyana Athirah Izani Sulaiman, 22, yang merupakan pelajar kampus UiTM Arau Perlis, penerimaan segulung diploma itu adalah sangat istimewa setelah tiga tahun menuntut ilmu seperti graduan yang lain.
“Saya tidak tahu langsung akan diumumkan sebagai penerima skrol ke sejuta pada majlis hari ini. Saya cuma rasa gugup sejak mula datang ke sini pagi tadi. “Memang ada pengacara bagi tahu tentang penerima sejuta sepanjang istiadat konvokesyen tetapi tidak sangka saya yang akan dapat,”katanya kepada Kosmo selepas menerima skrol ke sejuta pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-97 di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM. Pada majlis tersebut juga wakil Malaysia Book Of Records (MBOR), Siti Nurhanim Mohd. Noh turut menyampaikan sijil pengiktirafan Satu Juta Skrol kepada Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor.
Lebih mengujakan apabila Nur Liyana dari Bachok, Kelantan menerima sebuah motosikal daripada Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) bernilai RM5,397. Selain itu, dia juga menerima hadiah cermin mata daripada La Calisto Sdn. Bhd.,penginapan di Grand Swiss-Belhotel Melaka dan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) serta yuran percuma untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah di UiTM. Sementara itu, Roziah berkata, majlis tersebut merupakan simbolik bahawa Institut Teknologi Mara (ITM) atau UiTM telah berjaya menyempurnakan misi penubuhannya dengan tepat untuk menjuarai pembangunan bumiputera profesional menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak. “Ia boleh dianggap sebagai hadiah sempena menyambut hari ulang tahun UiTM yang ke-24 pada 26 Ogos ini. Saya juga berbangga kerana menerima anugerah ini menjelang persaraan saya tidak lama lagi. “Semoga pencapaian ini, menjadi pembakar semangat kepada semua warga UiTM untuk menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti yang dikenali dunia,” katanya. –CARI Sumber: Kosmo |
sayurmayur88: inilah yg dikatakan rezeki dtg ...
Buritan replied at 21-8-2023 11:50 AM
Kann.. aku yg gigih masuk mcm mcm.. pas tu beli sijil simpanan premium.. jgnkan dpt no 1.. saguhat ...
B40tastePosh replied at 21-8-2023 11:53 AM
Bapa aku marah kalau beki Sijil Simpanan Premimum...dia kata baik simpan kat ASB.
Buritan replied at 21-8-2023 11:59 AM
Asb pun simpan.. ssp tuu pulak menggharap dpt duit sejuta tak pun dot bm ke merce pas tuu aku juai ...
B40tastePosh replied at 21-8-2023 12:04 PM
Jual je sis....lepastu beli apa ko nak sebagai reward untuk diri ko sendiri.
Buritan replied at 21-8-2023 12:23 PM
Dah juai pun.. dr ade 3k laa ni ade rm100 je pun. Duit tuu pun aku gune utk kprluan mak aku..
B40tastePosh replied at 21-8-2023 12:24 PM
Besar pahala sis.
Buritan replied at 21-8-2023 11:59 AM
Asb pun simpan.. ssp tuu pulak menggharap dpt duit sejuta tak pun dot bm ke merce pas tuu aku juai ...
ADVERTISEMENT