CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ustaz Kata Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai,"– Abang Tesla

21-8-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16333| Komen: 224

Nama Abang Tesla menjadi topik bualan hangat wargamaya selepas dia mengumumkan telah bernikah sekali lagi.

Katanya dia menyedari tindakannya untuk berpoligami telah mengundang kritikan netizen sehingga ada yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.


Bagaimanapun pemilik nama sebenar Muhammad Khal Iltizam Yusry ini berkata, orang ramai tidak faham mengenai maksud sebenar poligami. Katanya, proses poligami telah membuatkan dirinya lebih menghargai sesuatu.

Foto: IG

"Satu Malaysia kecam saya, awak (isteri pertama) tahu kan pasal itu. Saya nak salahkan mereka pun tak boleh.

"Ramai yang buat poligami tapi ikut jalan yang salah, tak buat dengan betul. Kalau nak ikutkan kecaman dengan sakit hati awak, lagi sakit hati awak.

"Ramai yang tanya, tak sayang bini ke? Bukan tak sayang, tapi apa yang saya belajar sepanjang proses nak poligami ini, perbetulkan apa yang silap. Ternyata ramai yang tak faham ayat perbetulkan apa yang silap.


"Apa yang saya nampak di sini, saya lebih menghargai. Kalau dulu saya tak menghargai sesuatu itu,"katanya dalam satu vieo sebelum memadamkannya.



Dalam pada itu, Abang Tesla berkata seorang isteri mudah untuk masuk ke dalam syurga sekiranya taat pada Allah dan suami.

"Ada yang tanya, kalau sayang kenapa kahwin dua. Saya rasa apa yang ustaz cakap itu sama, isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Itu yang saya dapat, bila saya jauh saya rasa benda itu.

"Mungkin ramai yang salah tafsir soal poligami, ramai perempuan di luar sana kata tidak adil. Allah itu Maha Adil, perempuan senang masuk syurga, senang masuk neraka.

"Kenapa senang masuk syurga? Perempuan nak masuk syurga hanya taat pada Allah dan suami. Kenapa senang masuk neraka? Sebab perempuan tidak taat pada Allah dan suami."


Dalam masa sama, Abang Tesla menjelaskan, poligami hendaklah dipandang dari sudut yang positif.

Tambah Abang Tesla lagi, disebabkan poligami dirinya bertambah sayang pada isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

"Perkara itu orang lain tak faham, mereka hanya kaitkan dengan nafsu semata-mata. Bila pandang poligami dengan indah, kita akan nampak yang indah. Kalau pandang dengan sudut negatif, begitulah yang terjadi di Malaysia, nak cakap pun susah.


"Kita tak boleh nak tutup mulut orang, tak boleh nak cakap apa-apa. Awak sahaja yang tahu saya macam mana.

"Saya tahu Allah mampu berbolak balik hati manusia sekelip mata, tapi apa yang saya belajar sekarang ini adalah erti menghargai. Dulu kita berdua pernah rasa berjauhan, daripada situ dah mula belajar. Kalau nak cakap tak sayang itu, sumpah makin sayang.

"Saya nak pesan pada orang ramai, jagalah percakapan kita. Sebab kita tidak tahu perkara macam ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Hormatilah dan hargailah isteri, takutlah pada Allah."

Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 21-8-2023 11:08 AM

Tak penah tau pun kewujudan dia nih, tiber viral vtt dia solat subuh ngn bini dia 3 jam sblm dia nk menikoh.
Caption sebut bini redho bagai tp kat video nampak bini nangis.
Gigihla merekod semua menda nk justify kat netizen.

Rupanya tahun lepas dah penah viral konon tak suka org komen pasal kawen dua kat tt dia nnt bini sedih kalau baca caitt sekali ko bebetul plak kawen dua.
Sbb tu jgn nk berprinsip sgt konon takkan menduakan bini bagai.


[tiktok]7149765294615989531[/tiktok]
Quote JunkMail 21-8-2023 11:11 AM
Abang Tesla pakai Tesla ke?  Sapa kau ni dik?
Aneh aneh je orang Malaysia suka betul mempopularkan orang yang tak sepatutnya..
Quote _kelly 21-8-2023 11:14 AM
Suchi replied at 21-8-2023 11:08 AM
Tak penah tau pun kewujudan dia nih, tiber viral vtt dia solat subuh ngn bini dia 3 jam sblm dia nk ...

tengok jugak video ni dulu..agaknya lama2 rasa tercabar la org duk komen pasal kahwin dua

bab buat video ngan bini lepas solat subuh tu mmg kena kecam habis2..semua benda nak jadikan content sampai tak hormat bini..yang bini pon takkan ikut je
Quote honeybee1802 21-8-2023 11:21 AM
Muder2 ni hang byk la menyimpan utk isteri2 dan anak2 ye...jgn dah tua takde kederat...isteri plak dipaksa membanting tulang...last2 isteri lari plak...
Quote B40tastePosh 21-8-2023 11:29 AM
Tenuk mana tiba² Cari Forum up kan.

Saya tak undi dia. Siapa tenuk ni?
Quote cikatilia 21-8-2023 11:29 AM
abang tesla ni ada berapa tesla???
terpaling tesla la plak...
driver anak boss aku mana2 je tukar2 tesla company itam or putih sbb company car tesla punn
Quote sayurmayur88 21-8-2023 11:31 AM
saper ni??? tak kenal
Quote nutcrack8 21-8-2023 11:33 AM
Ntah2 konten je. Perlu ke nk record bgtau lepas berjemaah subuh dgn bini nk p kawin satu lg dgn redha isteri pertama. Layan plak eh bini die. Kene ke announce satu dunia ko nk kawin lg. Eh, x paham la...
Aku x paham dgn org yg ske merekod2 ni. Kdg rase sgt fake. Aku xdan la nk rekod2 ni. Kdg pelik tgk manusia, pape rekod dulu esp eksiden ke, tgh sedih ke..tgh serius ke..
Quote Miss.Rara 21-8-2023 11:35 AM
abg tesla ni umur berapa weiii
Quote Ninani 21-8-2023 11:39 AM
Modus operandi geng acah2 jutawan melayu ni mg mcm gini kot - kereta mewah + tambah isteri + viral. Org yg memang kaya, kawen lebih dari satu jgk. Tp xperlu nak jadikan content pun.
Quote lanacondor 21-8-2023 11:39 AM
Mmg kualiti budak2 instafamous level ni je ke? Kaya level Vincent tan ke dia ni?ke level2 ank mahathir? Eh tolong la jgn bg perhatian kt org2 cmni.
Quote Atata 21-8-2023 11:40 AM
So isteri pertama takyah cinta laaa.. eh hanat
Quote totokreturn. 21-8-2023 11:40 AM
dia ni la pemilik khal legacy apa menda ntah jual phone buat instalment tu
Quote Suchi 21-8-2023 11:41 AM
_kelly replied at 21-8-2023 11:14 AM
tengok jugak video ni dulu..agaknya lama2 rasa tercabar la org duk komen pasal kahwin dua

bab bua ...

Netizen kata gara2 video tu depa pakat follow abang tesla tu konon kagum laa hahahah

Kat vtt solat subuh tu ramai juga lelaki komen tak setuju ngn dia.
Dia dh lama ke kawen ngn isteri pertama tu? Tak nampak lak ada anak ke apa
Quote ctaz 21-8-2023 11:45 AM
ntah sapo2 la yg di masukkan dlm berita cari ni...
Quote babynina30 21-8-2023 11:45 AM
Miss.Rara: abg tesla ni umur berapa weiii



Born 96. Dgn bini 1st baru bpe taun kawen i rasa. Kalau pasal anak, orglain ttc belas taun kot
Quote totokreturn. 21-8-2023 11:46 AM
babynina30 replied at 21-8-2023 11:45 AM
Born 96. Dgn bini 1st baru bpe taun kawen i rasa. Kalau pasal anak, orglain ttc belas taun kot

takpe la, dah jodoh dia, siapa la kita utk pertikai kan
Quote lolipopmanish 21-8-2023 11:49 AM
Penoh fyp iols ari ni psl si tesla ni
Sume mende nak wat konten ujung2 koyak sendiri kene kecam ngan netizen
Quote Thunderclouds 21-8-2023 11:49 AM
Dh level² caprut wat content gini.
Yawn much.

Lihat semua komen(224)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041178 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top