Di Twitter, seorang individu berkongsi paparan mesej WhatsApp memaparkan perbualan antara seorang calon temuduga Gen Z dengan penemuduga (interviewer). Menerusi perbualan tersebut, calon berkenaan cuba meminta supaya waktu temuduganya dianjak ke satu tarikh lain atas alasan sedang berada di kampung.
"Oh sorry... sy ngat sok sab2 pjbt ttp cik (Saya ingat esok Sabtu pejabat tutup cik). "Blh ke klu sy nk resharedule?? Sy masih kat kg nie (Boleh ke kalau saya nak reschedule?? Saya masih dekat kampung ni)," demikian tulis calon berkenaan. Bagaimanapun, penemuduga dalam jawapan balasnya dilihat memberi kata dua kepada calon berkenaan. "Kalau awak tak berminat saya beri peluang ni kepada orang lain saja," demikian jawapan yang ditulisnya. Perbualan selanjutnya tidak didedahkan oleh individu yang membuat perkongsian itu, justeru tidak dapat dipastikan sama ada calon berkenaan masih diterima untuk ditemuduga atau sebaliknya. Diruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi yang pelbagai dengan rata-ratanya menyalahkan calon berkenaan. "Budak-budak sekarang memang manja, kalau boleh nak HR interview depan katil tu. Gaji basic mesti mau busuk-busuk RM2,000, Sabtu Ahad cuti. "As majikan, memang pantang bagi dua tanda soal. Ejaan pun, 'sok sab2', 'resharedule'? Macam mana nak kerja ejaan pun kelaut (gagal)? "Mana ada kat kampung. Biasanya masih kat atas tilam nak sambung tidur. "Dia ingat tengah mesej dengan kawan-kawan ke? "Kalau betul dia nak, sepatutnya tak jadi masalah pun nak balik dari kampung tu. Lagipun bendanya esok, still have around 16 jam before 8am. Sempat je. Unless kampung dia kat overseas," demikian antara komen netizen. Dalam pada itu, ada juga yang menyalahkan pihak penemuduga kerana disifatkan kurang bertimbang rasa. "Tak payah nak kekwat sangat, company besar boleh je reschedule. "Hello... kau nak buat interview esok tapi baru nak bagitahu candidate hari ni. Terang-terang interviewer tu yang red flag," komen mereka. -CARI Sumber: mStar
|
seri_mawr replied at 21-8-2023 10:27 AM
"Oh sorry... sy ngat sok sab2 pjbt ttp cik (Saya ingat esok Sabtu pejabat tutup cik).
nasib dia ada ...
ADVERTISEMENT