Seorang guru, Mohd Fadli Salleh berkongsi kisah meruntun hati mengenai sebuah keluarga yang dibantunya dalam satu hantaran di Facebook. "Keluarga ni anak yatim, ayah lama meninggal dunia. Tinggal ibu yang tidak boleh bergerak kerana sakit strok. Anak bongsu baru usia 12 tahun.
"Kehadiran ke sekolah sangat teruk sehingga akhirnya guru siasat, ziarah mereka. Kemudian baru pihak sekolah dan PIBG tahu, anak itu kena jaga ibu yang perlu disuap makan, perlu dimandikan, perlu ditukar lampin, perlu dibawa ke hospital setiap kali ada appointment. "Kakak yang berusia 17 tahun dah berhenti sekolah sejak beberapa tahun lepas. Awalnya dia bekerja untuk mencari duit saku buat keluarga. Namun akhirnya berhenti, dan banyak masa diluangkan untuk jaga ibu terlantar. "Anak remaja perlu galas tanggungjawab besar. Hari demi hari, dia makin rasa terbeban. Terlalu besar tanggungjawab yang dia perlu galas hingga anak remaja ini give up.
"Beberapa bulan lepas, kakak yang usia 17 tahun lari dari rumah. Meninggalkan adik perempuan usia 12 tahun, abangnya dan si ibu yang terlantar," kongsi Mohd Fadli. Ujarnya, disebabkan situasi tersebut, si adik yang berusia 12 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana mengambil alih tugas kakaknya. Sebaik sahaja mengetahui kisah pelajar tersebut, Mohd Fadli berkata, dia bertindak mencari seorang pembantu yang boleh menjaga ibu kepada pelajar berkenaan. "Setiap hari, ada pembantu akan ke rumah mereka, mandikan, masak, suap makan si ibu, tukar lampin dan apa-apa keperluan ibu. "Dengan ada bantuan itu, anak bongsu itu kembali dapat bersekolah. Setiap hari datang dah sekarang, Alhamdulillah. Selesai satu masalah. Tapi si kakak masih belum pulang. Ini yang menjadi kerisauan juga," kongsinya. Tambah guru berkenaan, apa yang menjadi kerisauannya adalah memikirkan kemungkinan yang remaja berkenaan lari mengikut rakan lelaki. Lebih merunsingkan apabila remaja berkenaan 'hilang jejak' lantaran nombor telefonnya sudah tidak dapat dihubungi. "Pulanglah kakak. Cikgu tahu kakak penat selama ini jaga ibu. Cikgu tahu kakak exhausted dah sebenarnya. Dah betul-betul burnout dah pun. "Cikgu dah aturkan pembantu datang ke rumah setiap hari jaga mak, jaga makan minum kalian. Beras habis, cikgu belikan. Lauk pauk tiada, cikgu usaha carikan. Yang pasti, kalian tidak sesekali akan kelaparan. "Pulanglah ke pangkuan keluarga. Duduk dengan adik, abang dan ibu. Kali ni kena tulis. Agar si kakak terbaca tulisan aku ni, agar dia tahu tugas dia jaga ibunya, aku dah bantu ringankan dah. "Paling penting, agar kesucian dan maruah diri anak remaja ini dapat terjaga," tulisnya di Facebook. Rata-rata warga maya turut mendoakan agar usaha Mohd Fadli dipermudahkan dan remaja berkenaan akan segera kembali ke pangkuan keluarga. -CARI Sumber: mStar
|
Tinot7 replied at 21-8-2023 11:18 AM
Abangnya buat apa?
Skuau replied at 21-8-2023 11:24 AM
cam watak sampingan jer...dlm 'citer ni' la....
belilies replied at 21-8-2023 11:20 AM
The fact that ko tinggalkan adik ko yg berusia 12thn jaga mak kene strok kat umah, sampai takda beri ...
Atata replied at 21-8-2023 11:40 AM
Kadang orang sakit ni mulut boleh tahan. Kau penat2 jaga, kau jugak yg bau taik. Yang tak jaga tu ...
rospinki replied at 21-8-2023 11:42 AM
kesian la remaja tu moga dia pandai jaga diri, jadi anak ni tak byk pilihan sbnrnya ap ayg ibubapa b ...
belilies replied at 21-8-2023 11:47 AM
Kesian kt yg umo 12thn tu. Apa2 pun janganlah tinggalkan dia sengsorg, napa tak bawa lari sama. Tu ...
belilies replied at 21-8-2023 11:20 AM
The fact that ko tinggalkan adik ko yg berusia 12thn jaga mak kene strok kat umah, sampai takda beri ...
midori888 replied at 21-8-2023 12:00 PM
agreed....sanggup dia tinggalkan adik utk jaga mak yg sakit, dah lah ikut jantan pulak tu...tak pa ...
ADVERTISEMENT