CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Berang Dakwa Amah Pukul Dan Hayun Laju-Laju Bayi Usia 2 Bulan

21-8-2023 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2176| Komen: 8

PETALING JAYA – Seorang wanita berang dengan pembantu rumah yang memukul dan menghayun bayi perem­puannya yang berusia dua bulan.

Wanita yang dikenali sebagai Amyra Nadya berkata, dia me­nyedari kejadian itu selepas meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumahnya selepas mendengar bunyi kuat dari bilik anaknya.




“Luluh hati saya bila tengok balik rakaman CCTV, walhal anak saya ni senang sangat dijaga.

“Kuat dia pukul. Saya terus halau dia keluar rumah kerana dia berani buat begitu ketika saya ada di rumah,” katanya kepada Kosmo.

Menurut Amyra, dia berada di rumah kerana menguruskan perniagaan secara online dan tak pernah tinggalkan anaknya sendirian dengan amah tersebut.

“Itupun dia berani buat dan nasib baik ada CCTV. Saya sudah buat laporan polis dan me­nyerahkan perkara itu kepada ejen perkhidmatan pembantu rumah untuk tindakan lanjut,” katanya.




Tambahnya ebelum ini dia ada pengalaman buruk de­ngan pembantu rumah yang me­larikan barang kemas miliknya bernilai lebih RM5,000.

Terdahulu, Amyra berkongsi mengenai kejadian itu di akaun TikTok miliknya yang turut meraih simpati orang ramai dan mengecam perbuatan pembantu rumah tersebut.

“Kesian bayi itu, masih kecil sudah dipukul. Lebih baik berhentikan saja pembantu rumah, takut kejadian lain pula yang berlaku kepada anak awak,” pesan Risa.

“Ya Allah, majikan baik, pembantu rumah pula yang bermasalah. Semoga dapat pem­bantu rumah yang baik selepas ini,” kata Aisyah Che Mat.

“Sebab inilah saya tidak percayakan sesiapa kalau dengan anak saya. Biarlah saya tidak bekerja, janji anak-anak saya sentiasa selamat,” tulis seorang pengguna. -CARI

Sumber" Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Unipolajourney 21-8-2023 09:32 AM
Edited by Unipolajourney at 21-8-2023 09:36 AM

@Friska

[ig]https://www.instagram.com/reel/CwKKtz8I818[/ig]



Quote uda 21-8-2023 10:38 AM
Tak nampak pun bila dia pukul baby tu?
Quote nolya 21-8-2023 10:41 AM
Mental agaknya bibik ni. Bahaya, baby seumur 2 bulan dia  pukul. Berhati2lah para ibu sekalian.
Quote fahima80 21-8-2023 10:45 AM
uda replied at 21-8-2023 10:38 AM
Tak nampak pun bila dia pukul baby tu?

Ada, waktu dia angkat baby tu, kuat bunyinya di lepuk peha baby tu
Quote Markonah_7 21-8-2023 03:51 PM
Budak tu elok tak nangis kau pergi lepuk biar nangis pulak . Bo** ke

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.032493 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top