Ibu juruterbang yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, melahirkan kesyukuran apabila urusan perjalanan terakhir anaknya dipermudahkan. Mahanom Ismail, 67, tak menyangka jenazah anaknya iaitu Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, dapat disempurnakan lebih awal daripada yang dimaklumkan sebelum ini.
"Syukur Alhamdulillah hari ini selesai semua... kita tertunggu-tunggu dari Khamis, jadi hari ini dah selesai, Alhamdulillah," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Gombak, pada petang Ahad. Mahanom sempat berkongsi satu peristiwa yang dialaminya sehari selepas Allahyarham maut dalam nahas berkenaan. "(Saya) tak bermimpi (mengenai arwah) tapi ada rasa macam dia ada. Malam hari Jumaat, masa tu tengah mengemas, datang angin sepoi-sepoi bahasa. Rujuk dengan ustazah juga... mungkin ada katanya.
"Allahyarham anak yang baik sangat, pertuturan bahasanya baik, suka bagi nasihat. "InsyaAllah dia ada tempat terbaik. Apabila tengok cuaca hari ni, daripada panas, mendung tiba-tiba turun hujan," ujarnya sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat anaknya.
|
B40tastePosh replied at 21-8-2023 01:08 PM
Dah...angin kus kus dikatanya anak dia
edayildiz replied at 21-8-2023 04:27 PM
bkn ke roh tu berkeliaran je dlm masa 40 hari..nnti baru naik ke langit
B40tastePosh replied at 21-8-2023 11:38 AM
Dah...angin kus kus dikatanya anak dia
jazaa100 replied at 21-8-2023 04:40 PM
Iya....
Akk pun penah rasa, dua hari lepas mak akk di kebumikan, masa akk masuk bilik nk solat, b ...
jazaa100 replied at 21-8-2023 04:40 PM
Iya....
Akk pun penah rasa, dua hari lepas mak akk di kebumikan, masa akk masuk bilik nk solat, b ...
ADVERTISEMENT