CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cedera Di Badan- "Oyen Ini Ada Di Kawasan Kejadian Sewaktu Kapal Terbang Terhempas Di Elmina"

21-8-2023 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2409| Komen: 14

PETALING JAYA – Seekor kucing turut menjadi mangsa nahas melibatkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam dekat sini Khamis lalu.

Kucing yang digelar 'oyen' itu  ditemui oleh pasukan penyelamat dalam keadaan cedera pada bahagian badan.


Di laman Instagram, seorang doktor veterinar dikenali sebagai Zulerwan memaklumkan bahawa kucing tersebut ditemui oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).


Foto: IG

“Oyen ini ada di kawasan kejadian sewaktu kapal terbang terhempas di Elmina.

“Terima kasih team ambulans KKM kerana turut menyelamatkan oyen,” tulis doktor terbabit.

Pada hantaran sama, dia turut berkongsi beberapa keping gambar dan video yang memaparkan kecederaan yang dialami kucing tersebut dan keadaan selepas diberi rawatan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa oyen dan beberapa mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut.


“Ya Allah tak boleh bayangkan betapa takutnya dia (oyen) masa tu. Terima kasih kepada yang sudi ambil dia tak biarkan macam tu, cepat baik ya,” tulis @aisyahlii.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @noorjunaina.

“Terima kasih doc (doktor) dan pasukan KKM kerana menyelamatkan oyen,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malarky 21-8-2023 09:12 AM
kesian oyen, tak pasal2, mujur selamat
Quote Buritan 21-8-2023 09:16 AM
Tred ni smlm dah ade.. tp aku cari balik mcm tak de pulak..

Hati hitam aku ngumpat si oyen nii mmg dah cedera... Paas tuu diaa mai dtg kek elmina tuu duk laa kat tayar kee.. paas tuu ngow ngiow pas tuu docto kan ramai penyelamat pun ramai yg baik hati.. terus dia dpt rawatan.. terus dpt nama dia satu satu yg terselamat.. puihhhh . Hahaha.. oyen bkn leh pakai.. penipu
Quote cikatilia 21-8-2023 10:29 AM
tq dr zu erwan nan tall kacak dan wangi itu
selamatkan kucing
moga oyen jadi residen di klinik dr yach
Quote prettyuglybabe 21-8-2023 12:48 PM
kesian oyen.. semoga cepat sembuh ye nak..
Quote zehra2 21-8-2023 12:54 PM
moga cepat sembuh. oyen tk jd stray lagi.
Quote Knowlee 21-8-2023 01:33 PM
Sian oyen.... Harap nanti ada orang adopt dia...
Quote renko 21-8-2023 04:15 PM
cmne tahu
dia bgtau ke
Quote Moyangkucing 21-8-2023 04:55 PM
Get well soon oyen.
Quote mamapea 21-8-2023 05:18 PM
ramai yg nk adopt oyen ni tp Dr Zul Erwan bgtau ni KKM punya...sapa pun x blh ambik...
Quote otai_g 21-8-2023 05:20 PM
Kucing pun menjadi mangsa. Bkn manusia je yg jd mangsa
Quote sharlenetexas 21-8-2023 06:17 PM
Tauke klinik sedang memerhati dari atas bahu.

[ig]https://www.instagram.com/p/CwMeViYLAPb/?igshid=MTk0MGU0NTkxNA==[/ig]

Quote syamzana 21-8-2023 06:21 PM
sharlenetexas replied at 21-8-2023 06:17 PM
Tauke klinik sedang memerhati dari atas bahu.

tokey pun oyen jugak tu pandangan mata pun penuh tersirat
mohon jgn bercakaran nanti

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039424 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top