Miri: Wanita maut manakala lima lagi cedera selepas kereta dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan tertusuk besi penghadang jalan di kawasan Suai Jalan Pan-Borneo, dekat sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah Rary Binjie berkata, mangsa, Diana Tinsie Douglas, 20 tahun, disahkan maut di lokasi kejadian.
"Lima lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak turut cedera dan dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian serta dihantar ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan. malam ini. Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Batu Niah ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.36 petang. Katanya, sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati ada seorang mangsa masih berada pada bahagian kerusi penumpang belakang kereta.
"Mangsa yang tidak sedarkan diri dikeluarkan pasukan bomba sebelum disahkan sudah meninggal dunia," katanya. Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|