CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Lelaki Lebam Di Mata, Dipercayai Dipukul Rakan

20-8-2023 05:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 860| Komen: 0

Kuching: Seorang pelajar lelaki mengalami lebam di mata kirinya, dipercayai dipukul teman asramanya.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa di Pusat Sehenti Balai Polis Simpang Tiga, kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lepas ketika pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Matang itu berada di bilik asrama lelaki semasa waktu rehat selepas menunaikan solat Jumaat.


Mangsa mengalami lebam di bahagian mata kiri akibat dipukul oleh rakan sebayanya di asrama sebuah sekolah menengah di Matang.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu.


“Kes akan dirujuk untuk pertimbangan pendakwaan,” katanya yang dihubungi.

Bagaimanapun, katanya tiada unsur ‘geng’ (kumpulan) dalam kes itu.

Ahsmon berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dilaporkan, kejadian dipercayai berpunca apabila rakannya mengejek mangsa dan mengajaknya berlawan dengan seorang lagi rakannya namun tidak diendahkan oleh mangsa.

Berang kerana ajakannya tidak diendahkan, suspek bertindak memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala, muka dan badan.

Mangsa yang tidak melawan dilaporkan meminta suspek untuk berhenti daripada memukulnya tetapi rayuan tersebut tidak dipedulikan.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.113280 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top