CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mural Barbie Bogel Dekat Tempat Permainan Kanak-Kanak

20-8-2023 02:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1933| Komen: 5

United Kingdom: Penduduk setempat digemparkan dengan mural yang memaparkan lukisan patung Barbie dalam keadaan berbogel, dekat kawasan permainan kanak-kanak.

Rata-rata penduduk menyifatkan mural tersebut tidak sesuaikan didirikan di kawasan itu. Lukisan besar patung berbogel terletak di Pittville Park, Cheltenham di United Kingdom.


Menurut pelukis, Katie Scott, mural berkenaan adalah berdasarkan permainan zaman kanak-kanaknya dan bermaksud untuk membangkitkan kebahagiaan dan ketawa orang ramai.

Mural patung Barbie dalam keadaan berbogel. -Gambar Will Morgan

Bagaimanapun, segelintir penduduk terganggu dengan lukisan patung berbogel itu dan bimbang kanak-kanak mungkin melihat imej tersebut.

Sementara itu, Gloucestershire Live melaporkan terdapat pihak yang melaporkan aduan mengenai perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan.


Katie yang melukis anak patung bogel di taman itu sebagai sebahagian daripada Festival Cat Cheltenham, yang menceriakan beberapa dinding yang suram di bandar itu.

Jelasnya, dia sedih apabila mendengar segelintir pihak memberi reaksi negatif terhadap hasil kerjanya.

Beberapa pengkritik mempersoalkan pilihan imej Barbie berbaring telentang dengan kasut yang ditanggalkan, yang mana mereka percaya ia membayangkan sesuatu yang seksual.

Katie bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Tiada niat seksual sama sekali di sebalik lukisan itu. Ini semua tentang nostalgia dan kembali ke zaman kanak-kanak.

"Mengenai komen tentang kasut dan gaya patung itu... kasut plastik kecil yang dipakai Barbie adalah salah satu barang kegemaran saya (foto diambil dari permainan zaman kanak-kanak saya).

"Ia adalah gubahan yang saya reka untuk mencipta semula cara saya secara tidak sengaja meletakkan permainan saya selepas bermain dengannya di dalam bilik merah jambu saya," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 20-8-2023 02:59 PM
Btw, cantik lukisan tu.

Quote sharlenetexas 20-8-2023 11:16 PM
Barbie togel.

Quote Tinot7 21-8-2023 07:37 AM
Awat tak dipakaikan baju kat barbie tu?

Katie ni dah kawen ke blom?
Quote Suchi 21-8-2023 09:22 AM
Kalau lukisan patung barbie rasanya takde penampakkan sangat kan
Biasanya patung barbie tu tande la nampak putin pun dia mcm patung kat kedai baju tu la juga

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032169 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top