CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bot Nelayan Dikendali Warga Asing Ditahan

20-8-2023 02:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 595| Komen: 3

Lumut: Sebuah bot pukat tunda tempatan ditahan selepas didapati menangkap ikan di zon larangan berhampiran Kepulauan Sembilan, dekat sini tengah hari semalam.

Bot tersebut turut didapati melakukan enam kesalahan lain ketika ditahan oleh kapal peronda jabatan itu pada kedudukan 2.4 batu nautika dari Pulau Buluh, Kepulauan Sembilan, kira-kira pukul 12.30 tengah hari.


BOT pukat tunda tempatan ditahan kerana melakukan tujuh kesalahan termasuk menangkap ikan di zon larangan dekat perairan Kepulauan Sembilan, Perak, semalam. - UTUSAN

Ketua Pangkalan Unit Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS), Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Kampung Acheh, Mohd. Sharifuddin Abdul Manan berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot itu telah melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

“Selain menangkap ikan menggunakan peralatan pukat tunda kurang dari lapan batu nautika dari pantai seperti syarat lesen, didapati juga menggaji lima warga Myanmar berusia antara 40 hingga 60 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.


“Ketika diperiksa, terdapat hasil tangkapan ikan pelbagai jenis anggaran berat 200 kilogram dengan nilai lebih kurang RM6,000,” katanya.

Menurutnya, kesalahan lain dilakukan termasuk saiz mata pukat di bahagian keroncong kurang dari 38 milimeter dan menggunakan alat radio komunikasi tanpa kebenaran bertulis dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jelasnyq, bot itu juga tidak mengaktifkan alat pengesan Sistem Pengesanan Automatik (AIS) manakala kod zon rumah kemudi tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

Beliau berkata, kesemua peralatan bernilai kira-kira RM500,000 telah disita dan dibawa ke Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Kg. Acheh, untuk tindakan lanjut.

“Aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda kurang dari lapan batu nautika bukan sahaja mengakibatkan anak-anak ikan dan hidupan lain terperangkap di pukat, ia turut merosakkan habitat semula jadi pembiakan ikan itu sendiri,” katanya.

Katanya, Jabatan Perikanan Malaysia memandang serius akan isu dan kesalahan yang melibatkan pelanggaran Akta Perikanan 1985 dan akan terus mempergiat aktiviti rondaan bagi memastikan sumber perikanan negara terjaga dan terpelihara sehingga ke generasi akan datang. 


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 21-8-2023 03:50 AM
Good job semua pihak yg terlibat
Quote LadyCarefree 21-8-2023 06:22 AM
lanacondor replied at 21-8-2023 02:50 AM
Good job semua pihak yg terlibat

Kan? Macam ni lah bagus. Yg illegal tu cepat deport. Yg tokey tu sumbat masuk jail.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.026783 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top