CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Maut Main Pasir Batu Kapur

20-8-2023 01:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2456| Komen: 17

Brasilia: Malang nasib kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari wilayah Paraná, Brazil yang maut selepas bermain dalam pasir batu kapur.

Oddity Central melaporkan, mangsa dikenalpasti sebagai Arthur dan meninggal dunia pada 3 Ogos lalu di bandar Ipriranga dekat selatan Brazil.


Difahamkan, Arthur bermain di dalam timbunan pasir putih di bawah pengawasan keluarga.

ARTHUR maut kerana terhidu pasir batu kapur. FOTO Agensi

Kanak-kanak lelaki itu kelihatan seronok berguling dan bermain sebelum menimbus badannya dalam pasir seperti di pantai.

Ketika itu, ibu bapanya tidak mengesyaki apa-apa malah mereka mengambil gambar mangsa bermain di atas pasir berkenaan.

Tanpa disangka, ia kali terakhir mereka melihat kanak-kanak itu masih bernyawa.

Ia kerana selepas bangun daripada timbunan pasir, keadaan Arthur jadi teruk dia dibawa ke hospital namun doktor gagal menyelamatkan nyawanya.


Timbunan pasir yang didakwa dibuang oleh beberapa syarikat pembinaan di tepi jalan sebenarnya adalah batu kapur.

Ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan mata dalam kes sentuhan langsung, tetapi ia amat berbahaya jika terhidu.

Walaupun Arthur hanya bermain di pasir itu selama beberapa minit, dia menghidunya.

Pasir batu kapur mengandungi kristal silika, yang, apabila disedut, boleh menyebabkan penyakit serius seperti barah paru-paru, penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan silikosis.

Sisa daripada zarah silika terkumpul di dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan dan parut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 20-8-2023 02:18 PM
Batu kapur kat mesia mcm tak bahaya pung.. sian mak pak ko dik.. ko lak dah seronok duk syurga..
Quote Meiizu 20-8-2023 02:50 PM
Looorrr kesian dia...manalah tau
Quote B40tastePosh 20-8-2023 02:50 PM
Mesti nak main salji tapi lahir di negara B40.

Quote sambaldurian 20-8-2023 05:20 PM
Klu aku pun x tahu benda ni bahaya, yela pasir. Tp xde la nk buat main tepi jln punya ko tau la pasir ni kn anjing buat kencing ke apa ke.
Quote antikorok 20-8-2023 05:26 PM
Syarikat pembinaan yg buang sisa merata tepi jalan ni patot disaman! Dah tauk sisa berbahaya pergi buang tepi jalan jahhhh punyalah puaka!
Quote zuuu 20-8-2023 06:26 PM
Mak ayah dia pon x tahu agaknya yg tu pasir batu kapur
Quote Cokoro 20-8-2023 07:20 PM
Allah... kesiannya
Quote likilu 20-8-2023 07:36 PM
Oddity central eh
Quote FOTHER-MUCKER 20-8-2023 09:43 PM
Buritan replied at 19-8-2023 10:18 PM
Batu kapur kat mesia mcm tak bahaya pung.. sian mak pak ko dik.. ko lak dah seronok duk syurga..

Mungkin Ini sudah dicampur dengan chemical ke apa. Jikalau setakat Batu kapur memang tidak merbhaya. Orang London hari hari makan minum air dari tap penuh bercampur dengan air Batu kapur.

Masalah besar dalam air ada Batu kapur ni cepat merosakan mesin basuh water heater, water pump dan kettle Jika tidak sesalu di bersihkn.
Quote FOTHER-MUCKER 20-8-2023 09:48 PM
Jikalau tidak sesalu dibersihkn ianya akan jadi seperti Ini.

Ini dalam kettle





Quote ipes2 20-8-2023 10:19 PM
Buritan replied at 20-8-2023 02:18 PM
Batu kapur kat mesia mcm tak bahaya pung.. sian mak pak ko dik.. ko lak dah seronok duk syurga..

Allahu kesian. Ini limestone powder kot encik buritan, bukan pasir biasa. tak bertanggungjawab companies yang main buang je. boleh jadi silicosis tau.. dan mungkin budak ini dapat acute respiratory distress kerana limestone dust dari limestone powder ni tentu dah sebabkan pelbagai reaction inflamasi secara acute dalam lungs dia. comel je budak nya
Quote Nham22 20-8-2023 11:18 PM
Adoi laa haiii x memasal... Org puteh ni kdg2x terlampau positive sgt.... Klau oeg kite risau pasir ade tahik anjing ka.. Kucing ka.. Xde sesaje nak hora hore kat pasir..
Quote Buritan 21-8-2023 04:33 AM
FOTHER-MUCKER replied at 20-8-2023 09:43 PM
Mungkin Ini sudah dicampur dengan chemical ke apa. Jikalau setakat Batu kapur memang tidak merbhay ...

Tu laa aku heran.. kek mesia kan ke byk gua batu kapor taknpernah lakk aku dengo ninggal plk.. ape ape pung bhgn masing masing kat dunia . Semoga family tabah..

Sis minum air tuu tak ape ke.. kalo mesin basuh pun rosak.. orggan dlman takde effect ke like tersumbat ke.. soklam serius ni dah tahu sbb mmg tak tau
Quote FOTHER-MUCKER 21-8-2023 04:46 PM
Buritan replied at 20-8-2023 12:33 PM
Tu laa aku heran.. kek mesia kan ke byk gua batu kapor taknpernah lakk aku dengo ninggal plk.. ape ...

Tak merbahaya.
Quote Tinot7 21-8-2023 04:48 PM
Takziah kpd keluarga
Quote sharlenetexas 6-9-2024 01:21 PM
FOTHER-MUCKER replied at 20-8-2023 09:43 PM
Mungkin Ini sudah dicampur dengan chemical ke apa. Jikalau setakat Batu kapur memang tidak merbhay ...

Hard water?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.116448 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top