CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Cemerlang SPM Antara 3 Dituduh Rogol Budak 12 Tahun

20-8-2023 01:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3311| Komen: 35

Muar: Tiga termasuk dua pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang kenalan bawah umur pada Julai dan minggu lalu.


Tertuduh, Muhammad Ammar Zikry Mohd Izrak dan Muhammad Anaqi Lukmanulhakim masing-masing berusia 18 tahun serta Muhammad Daniel Haikal Helmi Effero, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Ammar Zikry dan Muhammad Anaqi didakwa merogol kenalan perempuan berusia 12 tahun dalam kebun sawit dekat Sri Gading, Batu Pahat pada jam 11.30 malam.

Muhammad Daniel Haikal (kanan), Muhammad Ammar Zikry dan Muhammad Anaqi (kiri) mengaku tidak bersalah merogol remaja bawah umur. FOTO Alias Abd Rani

Berikutan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu merogol secara berkumpulan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun.


Manakala Muhammad Daniel Haikal didakwa merogol mangsa yang sama di sebuah rumah di Batu Pahat dengan kejadian berlaku pada jam 8.30 malam, pertengahan bulan lalu.

Lepasan sijil kemahiran itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala Muhammad Ammar Zikry diwakili peguam Aqmarul Aqil Ismail.

Bagaimanapun, Aqmarul Aqil Ismail turut mewakili Muhammad Anaqi dan Muhammad Daniel Haikal namun hanya sebagai pro-bono untuk jaminan.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM25,000 terhadap Muhammad Ammar Zikry dan Muhammad Anaqi manakala Muhammad Daniel HaikaL, RM20,000.

Aqmarul Aqil kemudian memohon mahkamah supaya meringankan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh dengan mengambil kira rekod pencapaian akademik dan kokurikulum.

Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan syarat supaya semua tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan serta tidak boleh mengganggu atau berhubung dengan mangsa serta keluarganya.

Jika gagal mematuhi syarat ditetapkan itu, mahkamah memutuskan bahawa jaminan dikenakan terhadap ketiga-tiga tertuduh akan ditarik balik.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 20-8-2023 01:26 PM
Aduhai dik..punah masa depan..cemerlang otak tp x cemerlang sahsiah dan moral xde gunanya..
Quote Skuau 20-8-2023 01:39 PM
Awalan nama...kemain....mmmm......
Quote Thunderclouds 20-8-2023 03:09 PM
Spesis nur fitri jugak.
Mujur kantoi awal.
Harap kna toron sampai lobos dlm jel nnt.
Sila meninggal.
Quote sharlenetexas 20-8-2023 03:24 PM
10A ke?

Quote zjen 20-8-2023 03:25 PM
ni kira bebird 'sihat' sangat ke apa ...tak sihat punya anu baru aman ke apa ?
Quote naisyahmh 20-8-2023 03:30 PM
Dulu2 yg buat jahat ni budak2 nakal yg xminat belajar je..  Budak pandai jarang buat hal..  Dulu la..  Semoga seiring akademik dan sahsiah..  Apa2 pun moral lebih penting ye.. Ingat tu
Quote B40tastePosh 20-8-2023 03:43 PM
Cemerlang kon*k nye juga
Quote Suchi 20-8-2023 04:30 PM
Bercinta ke dgn budak 12 tahun tu?
Quote nw111 20-8-2023 04:47 PM
Cemerlang dpt stret As ke
Quote lanacondor 21-8-2023 05:45 AM
Budak pmpn darjah 6 Pon sibuk nk boyfriend. Suka sama suka tp sb bwh umur dh jd kes polis
Quote evlinne 21-8-2023 05:48 AM
lanacondor replied at 21-8-2023 05:45 AM
Budak pmpn darjah 6 Pon sibuk nk boyfriend. Suka sama suka tp sb bwh umur dh jd kes polis

Kdg ada budak pompuan bangga dapat kapel dgn senior
Anyway malunya sbb satu negara bleh baca terpampang nama penuh dlm news wpun muka tutup dgn face mask
Mana nk sorok muka oiii. Family konfem malu gila!
Quote lanacondor 21-8-2023 05:53 AM
evlinne replied at 21-8-2023 05:48 AM
Kdg ada budak pompuan bangga dapat kapel dgn senior
Anyway malunya sbb satu negara bleh baca terp ...

Abis ms depan bdk2 lelaki tu. Sayangnya lah.. bdk2 pmpn skg mmg geletis lain mcm.
Quote Tinot7 21-8-2023 06:54 AM
Awat la berkenalan dgn budak 12 tahun.. kan dah mendapat..
Quote dua_chzy 21-8-2023 06:57 AM
lanacondor replied at 20-8-2023 09:53 PM
Abis ms depan bdk2 lelaki tu. Sayangnya lah.. bdk2 pmpn skg mmg geletis lain mcm.

Masa depan budak perempuan tu pun sama penting.
Quote Tembikaigoreng 21-8-2023 09:00 AM
Ngam budak 12 tahun pun nafsu ke??? Bodonya lah
Quote shernazz 21-8-2023 09:10 AM
Budak 12 tahun tu MCM.adik.kau Wei..
Lain la.kau umo 30 budak.tu dah 20tahun.ke..
Takde la ketara sgt couple2 tu
Boleh je kawen terus sebab dah cukup umo
Quote cha-cha 21-8-2023 09:12 AM
Dah tentu la budak 12 tahun tu kena groom sampai jadi "menggeletis" mcm tu.. apa je lah yg dia tau umur mcm tu. Bagi attention sikit, puji2 sikit, janji sayang setia.. budak2 yg kurang kasih sayang mmg mudah terpengaruh. Siapa lah yg dah dajalkan dia mula2 tu sampai dia jadi mcm ketagih
Quote myakayina 21-8-2023 09:16 AM
mcm manalah dorg kenal dgn budak darjah 6 tu ya? musnah masa depan terus jadinya..termasuk lah budak pompuan tu..
Quote ifanonline 21-8-2023 09:32 AM
ini semua kesan media sosial yg di sebab oleh kakak2 yg rajin tunjuk cleavage kpd adik2...wanita di luar sana tak rasa berdosa ke? the blame is solely on kaum wanita

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.040955 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top