CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Premis Ada Muzik 'Live', DJ, Karaoke Diserbu, Disita

20-8-2023 01:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 810| Komen: 0

Kuala Lumpur: Tindakan empat premis perniagaan menjalankan aktiviti hiburan membabitkan persembahan muzik 'live', karaoke dan DJ tanpa kebenaran diserbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi semalam.


Serbuan menerusi Jabatan Penguatkuasaan DBKL itu dibuat dalam melaksanakan Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Hiburan) Siri 11/2023 di Jalan Vista Mutiara Kepong, Jalan Genting Klang, Taman Danau Kota Setapak dan Jalan U-Thant Ampang di sini, bermula pada 9 malam hingga 1 pagi semalam.

Pegawai DBKL menyerbu empat premis menjalankan aktiviti hiburan membabitkan persembahan live muzik, nyanyian karaoke dan DJ muzik tanpa kebenaran dan kelulusan di sekitar Kuala Lumpur. FOTO ihsan DBKL

DBKL berkata, tindakan penutupan (sealed) serta-merta terhadap empat premis itu dibuat mengikut Seksyen 17 Akta Hiburan 1992 termasuk membuka lapan kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik/DJ) tanpa kebenaran dan mengeluarkan satu notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Penempatan Makanan (WPKL) 2016 (melantik pembantu tanpa kKebenaran).


"Sebanyak 38 pelbagai peralatan muzik disita membabitkan penutupan empat buah premis berkenaan.

"Kesemua barangan sitaan dihantar ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

"Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.031196 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top