Ipoh: Dua lelaki maut manakala seorang parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu jalan dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar berhadapan pusat pameran dan servis kereta di sini, awal pagi tadi.
Dalam insiden sekitar jam 2.17 pagi tadi, dua yang maut masing-masing seorang lelaki berumur 32 dan 36 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang yang parah berumur 31 tahun sedang dirawat di Zon Merah Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata siasatan awal di lokasi mendapati mangsa maut yang berusia 32 tahun memandu kereta jenis Proton Waja yang dinaiki bersama dua mangsa lain iaitu kawannya melalui jalan Kuala Kangsar menghala ke Ipoh.
Menurutnya, kereta berkenaan bagaimanapun hilang kawalan dan terbabas sendiri melanggar tiang lampu jalan yang terletak di pembahagi jalan yang berada di tengah jalan "Akibat impak perlanggaran, tiang lampu jalan patah melintang di laluan menghala ke Sungai Siput. Ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kereta dan dikeluarkan oleh pihak bomba. "Punca kemalangan adalah akibat kereta itu terbabas sendiri. Keadaan sekitar ketika kejadian adalah jalan lurus, sehala, dan tiga lorong selain keadaan cuaca baik, jalan kering, gelap, namun berlampu jalan. Bedah siasat akan dijalankan," katanya. Sumber: Harian Metro
|
B40tastePosh replied at 20-8-2023 12:00 PM
Kalau mengantuk lain kali tidur sekejap ye dimana mana...meols selalu tido depan McD walaupun tak su ...
B40tastePosh replied at 20-8-2023 12:00 PM
Kalau mengantuk lain kali tidur sekejap ye dimana mana...meols selalu tido depan McD walaupun tak su ...
stingerpressor replied at 20-8-2023 12:42 PM
Utk mendapatkheun tidur yg walau sejenak ,tapi yg 'mengenyangkheun' tidor ler didepan mc D.....
Y ...
pooh~key replied at 20-8-2023 12:40 PM
Kalau chuols happen to be at area bandar sunway, akak suggest chuols tidur depan kilang arak sis. ...
B40tastePosh replied at 20-8-2023 12:48 PM
Betul terasa kenyang sgt. Dan kat situ semua macam happy je kan...so rasa selamat.
stingerpressor replied at 20-8-2023 12:51 PM
Menu Happy Meal....walau tak perlu ghaser....tetap ceria....tempiasnyer tetap dapat dirasa , while ...
B40tastePosh replied at 20-8-2023 12:54 PM
Haha...pandai stinger.
Nanti try tido McD kalau mengantuk.
ADVERTISEMENT