Kajang: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dengan mayatnya membengkak dan mereput di sebuah rumah di Jalan Penghulu Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, di sini, malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 11.26 malam tadi.
"Seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian. "Sebaik tiba di lokasi, kami dimaklumkan oleh pihak polis untuk membantu mereka mengeluarkan mayat lelaki tempatan berusia 46 tahun itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wan Md Razali berkata, lelaki itu dipercayai tinggal seorang diri di sebuah rumah pangsa di tingkat empat. "Ketika ditemui, keadaan lelaki berkenaan yang berada di atas katil membengkak dan sedang dalam proses pereputan. "Mayat lelaki terbabit dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. Sumber: Harian Metro
|
B40tastePosh replied at 20-8-2023 11:57 AM
Sakit ke apa? Covid ke?
sambaldurian replied at 20-8-2023 05:23 PM
Yg xde jodoh ni , simpan duit survey rumah org2 tua yg mahal ke, pondok mengaji ke. Yela xkn nk susa ...
prince_marhaen replied at 21-8-2023 10:07 AM
Alaaa..... meols dah pesan kat anak-anak buah meols yang seramai 18 orang tu kalau meols dah tua t ...
prince_marhaen replied at 21-8-2023 10:07 AM
Alaaa..... meols dah pesan kat anak-anak buah meols yang seramai 18 orang tu kalau meols dah tua t ...
syamzana replied at 21-8-2023 10:35 AM
kalau iols jadi anak sedara uols cepat2 lari sejauh mungkin
moga chuols dikurniaka ...
sambaldurian replied at 20-8-2023 05:23 PM
Yg xde jodoh ni , simpan duit survey rumah org2 tua yg mahal ke, pondok mengaji ke. Yela xkn nk susa ...
ifanonline replied at 21-8-2023 10:41 AM
sedih i baca statement uolss...
andartu2 kena ingat, kucing tidak akan membantu anda sewaktu tu ...
ADVERTISEMENT