Sungai Petani: Keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, salah seorang mangsa dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam memohon rakyat Malaysia berhenti menyebarkan gambar dan video kejadian itu di media sosial.
Adik Allahyarham, Noorhidayah Muhamad Saleh, 30, berharap semua pihak dapat memahami dan menghormati perasaan mereka sekeluarga yang kehilangan abang sulung dalam sekelip mata. "Saya nak minta tolong jasa baik rakyat Malaysia yang masih menyebarkan gambar video abang saya. Saya mohon sangat-sangat tolonglah padam dan hentikan sebar, kita tak tahu yang Allah nak jemput dia dengan cara macam tu. "Minta jaga perasaan keluarga sebab kami sebenarnya masih terkejut sebab dia abang sulung (tapi) seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan abang saya tak henti-henti saya ucap terima kasih banyak-banyak semoga Allah membalas jasa baik kalian," katanya.
Noorhidayah yang ditemui selepas selesai pengebumian jenazah Muhamad Hafiz di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerong, di sini, petang tadi. Penghantar makanan itu adalah jenazah pertama dikenal pasti identiti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Jenazah dimandi dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berdekatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum dituntut oleh bapanya, Muhamad Salleh Othman, 57, pada jam 9.30 pagi. Sumber: Harian Metro
|
green~tea replied at 20-8-2023 10:44 AM
Aku tak tengok video tu lg... walau ramai duk share2 merata.. i just tak sanggup nak tengok.. now th ...
Buritan replied at 20-8-2023 10:47 AM
Tak pyh tgk laa sis.. sian aku nengoknyaa.. aku pun tertgk.. tak tgk abis pun.. ade satu video tuu ...
green~tea replied at 20-8-2023 10:55 AM
Takmo tengok lah kot.. ngeri.. takut takleh tido terbayang2.. masa aku skolah aku bedah tikus masa ...
Buritan replied at 20-8-2023 11:00 AM
Oo ye ke.. aku ok bedah tikus.. tp masa dulu laa.. laa ni mgkin tak mampu dah kot.. agaknya makin ...
Buritan replied at 20-8-2023 08:21 AM
Satu lg .. lagi ko suruh stop lg org suke sebar . Biar le dia org sebar.. semoga yg suke sebar sebar ...
green~tea replied at 20-8-2023 11:18 AM
Yes... i mmg tak bulih... rasa x lalu mkn tu sbb bau chloroform utk pengsan kan tikus & katak tu m ...
shernazz replied at 20-8-2023 12:07 PM
Gambo habang tu rentung ke?
Mmg tak patut la..kesian family dia..
Buritan replied at 20-8-2023 10:47 AM
Tak pyh tgk laa sis.. sian aku nengoknyaa.. aku pun tertgk.. tak tgk abis pun.. ade satu video tuu ...
ADVERTISEMENT