CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Penjara Budak 10 Tahun Kencing Di Belakang Kereta Ibu

19-8-2023 09:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1409| Komen: 7

Jakcson, Mississippi– Seorang budak lelaki berusia 10 tahun di Mississippi dipenjara kerana membuang air kecil di belakang kereta ibunya di tempat letak kereta awam, lapor portal berita India Today semalam.


Penangkapan budak lelaki bernama Quantavious Eason itu mengejutkan ibunya, Latonya Eason yang ketika kejadian, berada di sebuah pejabat peguam di bandar Senatobia untuk mendapatkan nasihat mengenai undang-undang.

Latonya mempertikai tindakan polis yang masih menahan anaknya walaupun dia berada di lokasi kejadian. - WHBQ/Latonya Eason/Facebook

Latonya mendakwa, polis pada awalnya memberitahu bahawa mereka akan melepaskan Quantavious dengan amaran, tetapi beberapa anggota lain yang tiba kemudian menangkap anaknya.


“Saya tersentak. Kenapa tangkap seorang kanak-kanak berusia 10 tahun,” kata Latonya. 

Tambahya, kejadian itu menyebabkan anaknya trauma sehingga dia mengelak daripada bertembung dengan polis.

Ketua Polis Senatobia, Richard Chandler berkata, di bawah Undang-undang Akta Mahkamah Belia, penguatkuasa boleh bertindak terhadap kanak-kanak seawal usia tujuh tahun jika mereka ‘memerlukan pengawasan’ atau ‘melakukan perbuatan menyalahi undang-undang’.

Bagaimanapun, Chandler mengaku berlaku kesilapan kerana keberadaan ibu kanak-kanak itu di lokasi kejadian sepatutnya menafikan keperluan untuk membuat tangkapan. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 19-8-2023 09:44 PM
Akta Kencing Indianapolis
Quote Buritan 19-8-2023 09:55 PM
Mampus polis mesia . Org kencing tgkp.. org berak tgkp..org zina tgkp.. org kutuk org politik tgkp.. penuh punjara..
Quote TOPwind 19-8-2023 10:09 PM
kat Msia pendatang - kuil haram di biar, ladang durian haram pun dibiarkan

yg kena tangkap pasti penduduk asal

Quote Jitu 19-8-2023 10:22 PM
cina tersenyum sinis
Quote CiliPadiSedap 20-8-2023 07:13 AM
TOPwind: kat Msia pendatang - kuil hara ...


Rohingya xde lesen xde insurans boleh bawa kenderaan atas jalan raya. Rakyat malaysia kejap je tangkap

Quote Skuau 20-8-2023 01:06 PM
CiliPadiSedap replied at 20-8-2023 07:13 AM
Rohingya xde lesen xde insurans boleh bawa kenderaan atas jalan raya. Rakyat malaysia kejap je tan ...

"malezia vole la kakak"-rohingya,Selayang

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.053173 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top