Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan pendakwa raya ketika disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban, awal pagi tadi.
Mereka ditahan dalam serbuan dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi. Berdasarkan laporan polis yang tular di media sosial, hanya seorang daripada yang ditahan disahkan negatif hasil ujian air kencing dijalankan, manakala selebihnya berada di bawah pengaruh dadah termasuk dua timbalan pendakwa raya terbabit. Semua pegawai dan 14 anggota yang ditahan itu bertugas di pelbagai jabatan termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai dan Tampin, selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri. Sementara dua timbalan pendakwa raya ditahan itu masing-masing bertugas di Shah Alam dan Negeri Sembilan.
Berdasarkan laporan JIPS, semua yang disahkan mereka positif berada di bawah pengaruh dadah jenis Ketamin, Amphetamin dan Methamphetamine. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, mengesahkan serbuan dilakukan JIPS Bukit Aman dengan kerjasama IPK negeri di pusat hiburan terbabit awal pagi tadi. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci dengan alasan ini siasatan awal masih dijalankan. Sumber: BH Online |
otai_g replied at 19-8-2023 07:02 PM
Aler polis pun bkn semuanya bersih. Kalo semua polis bersih x kan wujud pusat Judi haram Dan pusat p ...
otai_g replied at 19-8-2023 07:02 PM
Aler polis pun bkn semuanya bersih. Kalo semua polis bersih x kan wujud pusat Judi haram Dan pusat p ...
Dovahkiin replied at 19-8-2023 08:12 PM
Pegi night club x salah, walaupun penjawat awam, kerana mereka manusia biasa. Yang jadi salah sbb am ...
kemaruk replied at 19-8-2023 08:17 PM
Buatlah kelab malam di balai polis macam kat kajang aritu
Ah_Kwan replied at 19-8-2023 09:09 PM
keh keh keh
ramai x faham.ni...
ADVERTISEMENT