CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Universiti Perkenal Kursus Sastera Taylor Swift

19-8-2023 06:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1323| Komen: 5

Brussels: Seorang pembantu profesor di Ghent University memperkenalkan kursus sastera Taylor Swift dengan menjadikan lirik lagu dihasilkan penyanyi berkenaan sebagai rujukan utama.

Elly McCausland, pembantu profesor bagi kursus kesusasteraan di universiti berkenaan memperkenalkan kursus itu bagi menyuntik minat terhadap keindahan penulisan Bahasa Inggeris dan tema yang diketengahkan dalam lagu-lagu Swift.



Menurutnya, beliau sememangnya peminat setia Swift dan memahami setiap lirik yang dihasilkan penyanyi berkenaan.

"Bagaimanapun kursus Sastera (versi Taylor Swift) bukanlah untuk mengumpulkan peminat Swift sebaliknya untuk menjadikan sastera lebih mudah diakses.

"Perkara paling penting adalah untuk mengubah persepsi orang ramai bahawa sastera Inggeris bukanlah semata-mata timbunan buku lama yang sekian lama berada di perpustakaan sebaliknya sastera Inggeris juga berubah mengikut peredaran masa," katanya.


Kursus kendalian McCausland menjadikan lirik dihasilkan Swift sebagai langkah pertama mengajak orang ramai mengenali karya sastera lebih hebat seperti dihasilkan William Shakespeare, Charlotte Bronte, Geoffrey Chaucer dan William Thackeray.

Kursus berkenaan menjadi popular dan beliau menerima permintaan untuk penyertaan dari luar kampus.

Walaupun kursus kendalian McCausland boleh dianggap yang pertama seumpamanya di Eropah, namun Institut Clive Davis, Universiti New York dipercayai yang pertama melancarkan kursus memfokus kepada penulis lagu, tahun lalu.

Di London, Universiti Queen Mary pada Julai, memperkenalkan kelas musim panas berjudul 'Sastera dan Taylor Swift' yang memberi penekanan kepada hasil kerja Swift melalui sudut sastera.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 19-8-2023 06:24 PM
kerlas! sebelum ni ada uni tawarkan subjek lady gaga: macam mana sheols boleh raih populariti dalam masa singkat. Lupa uni mana. Masa tu tengah letop ngan album Poker Face..Album2 lepas tu macam bosan je bagi meols
Quote kakikuDibibirmu 19-8-2023 06:28 PM
Jacob (Taylor Lautner):



tasty sesangat body beliyau, habis merembes cair akak dibuatnya, merecik hawau, berdenyut-denyut mutiara khorsani bedah, bergetar-getar pearl harbour bedah dibuatnya, habis tegak berdiri bijik Timah

Quote B40tastePosh 19-8-2023 06:40 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-8-2023 06:28 PM
Jacob (Taylor Lautner):



Dagu peun six pack
Quote B40tastePosh 19-8-2023 06:41 PM
Belajar jahitan

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.037250 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top