CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah Kerana Enggan Nyalakan Lampu Motosikal

19-8-2023 06:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1545| Komen: 5

Ampang Jaya: Tidak puas hati enggan menerima teguran tidak menyalakan lampu motosikal menyebabkan seorang lelaki memukul penunggang motosikal di Jalan Simpang Taman Kelab Ukay Bukit Antarabangsa, di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian 11.30 malam itu, penuntut lelaki berusia 21 tahun menunggang motosikal hendak pulang ke rumah dan setibanya di tempat kejadian suspek, 20, yang menaiki motosikal berada dari arah bertentangan memarahi mangsa kerana tidak membuka lampu.


Menurutnya, selepas itu berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan lelaki terbabit seterusnya suspek bertindak menumbuk muka dan pada mata di sebelah kiri.

"Kemudiannya sekali lagi menumbuk mata sebelah kanan mangsa yang mengakibatkan cermin mata pengadu pecah dan pengadu mengalami kecederaan luka calar di bahagian mata sebelah kanan.


"Punca pertengkaran sehingga mangsa dipukul adalah disebabkan suspek tidak berpuashati terhadapnya yang enggan menerima teguran tidak menyalakan lampu motosikal menyebabkan kerugian RM600," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, laporan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan minor iaitu sakit di bahagian muka dan luka calar di bahagian atas mata kanan.

"Susulan itu, polis menahan suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 11.30 pagi semalam.

"Reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 19-8-2023 06:18 PM
Lain kali langgar je...bg je alasan x nampak sb mamat bodoh ni x pasang lampu...hari tu pun aku nyaris x terlanggar 1 motor subuh2 sb dia x pasang lampu motor...bodoh betul...seriau aku nasib x mampus kena langgar...x pasal2 menyusahkan org
Quote B40tastePosh 20-8-2023 02:42 PM


Quote airfilterkotor 20-8-2023 07:42 PM
Kalau naik muto dgn niat sengaja tak nyalakan lampu(depan atau belakang), memang buleh menyusahkan pengguna jalanraya yg lain.

Silap haribulan senang² kena sodok kat simpang.
Quote krustykrab 20-8-2023 08:22 PM
Dh org nasihat tu terima kasih je la..org degil tu makanan dia

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.089258 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top