Tokyo: Polis merampas kira-kira 20 pisau dan empat gergaji dari rumah sebuah keluarga yang diserbu berhubung kes pembunuhan seorang lelaki Julai lalu yang mayatnya ditemukan tanpa kepala di sebuah hotel di Sapporo, kata sumber siasatan pada Jumaat.
The Japan Times melaporkan Runa Tamura, 29, dan ibu bapanya sudah menerima waran tangkap awal minggu ini kerana disyaki membunuh seorang lelaki berusia 62 tahun yang tinggal di bandar bersebelahan dengan Sapporo. Ketiga-tiga suspek itu pertama kali ditahan bulan lalu atas dakwaan termasuk meninggalkan mayat. Polis percaya Runa adalah satu-satunya suspek di bilik hotel itu dan ibu bapanya pula berpakat dengan anak perempuan mereka untuk melakukan jenayah berkenaan.
Peguam untuk ibu bapa Runa pada Jumaat mengeluarkan kenyataan menafikan anak guamnya 'bertindak bersubahat ke atas pembunuhan dan pembuangan mayat dalam apa cara sekalipun.' Menurut sumber, beberapa pisau yang dirampas ditemukan di dalam bilik Runa. Mangsa, Hitoshi Ura, dipercayai dibunuh di bilik hotel di daerah hiburan Susukino Sapporo. Ura mendaftar masuk ke hotel kira-kira jam 10.50 malam pada 1 Julai bersama seorang individu yang dipercayai Runa. Individu dipercayai Runa itu dilihat meninggalkan hotel dengan beg pakaian kira-kira jam 2 pagi keesokan harinya, menurut polis. Mayat Ura tanpa kepala ditemui pada 2 Julai oleh seorang pekerja hotel, dan kepala itu kemudiannya ditemui di bilik air kediaman Runa. Bapa Runa, Osamu, seorang pakar psikiatri berusia 59 tahun, didakwa membeli bersama anak perempuannya barangan yang dipercayai digunakan dalam kes itu, termasuk gergaji, pisau dan beg pakaian. Sumber: Harian Metro |
kalchi replied at 19-8-2023 09:44 PM
Jepon ni kalau ada jenayah memang tak hagak2 ngeri nye
Jitu replied at 19-8-2023 10:25 PM
ngerinya
gideoncross replied at 19-8-2023 10:50 PM
Kat sini ya.
gideoncross replied at 19-8-2023 10:48 PM
Prnh bca psl Furuta Junko x?
Tinot7 replied at 19-8-2023 11:10 PM
Tak ingat.. cer citer
kalchi replied at 19-8-2023 09:44 PM
Jepon ni kalau ada jenayah memang tak hagak2 ngeri nye
becir replied at 19-8-2023 11:37 PM
Kan..orangnya terlalu berdisiplin too respectful tapi sekali datang gila mmg gila betul
becir replied at 19-8-2023 11:35 PM
Xyahla u, I baca kisah dia dulu terus murung berhari2..I can’t brain
gideoncross replied at 19-8-2023 10:48 PM
Prnh bca psl Furuta Junko x?
Tinot7 replied at 20-8-2023 08:52 AM
Iols ingat nama tapi tak ingat details.. maleh nak cari balik..
ADVERTISEMENT