Tular di media sosial video memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu mengislamkan seorang saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor. Menerusi video yang berdurasi yang dimuat naik pengguna @ceksue368 di TikTok, dipercayai Anwar diminta untuk mengislamkan saudara baharu itu selepas selesai menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan.
Dapat dilihat, Pengerusi Pakatan Harapan itu mengajar individu tersebut mengucap dua kalimah syahadah sebelum disambut dengan laungan Allahuakhbar oleh beberapa jemaah yang hadir. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka melihat Anwar Ibrahim yang membantu mengislamkan saudara baharu yang dikenali sebagai Muhammad Anuar itu.
Terdahulu, Anwar yang dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Sri Petaling, memilih untuk solat Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk melawat keluarga mangsa yang terlibat dengan nahas pesawat terhempas pada Jumaat. Sumber: Oh Bulan
|
ADVERTISEMENT