CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Kemalangan Pesawat, Pelatih Juruterbang Hilang Kawalan Semasa Mendarat Di Melaka

18-8-2023 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1759| Komen: 2

Melaka: Pelatih juruterbang wanita yang mengendalikan pesawat Piper 28 hilang kawalan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian membabitkan pesawat International Aero Training Academy Sdn Bhd (IATAC) berlaku pada jam 12.16 tengah hari.

Foto: Harian Metro

"Berdasarkan laporan, pesawat bernombor pendaftaran 9M-ITQ itu yang dikendalikan pelatih berusia 23 tahun sebelum itu dalam latihan penerbangan.

"Ketika melakukan pendaratan, pesawat terbabit dikatakan hilang kawalan di landasan RWY 21," katanya kepada Harian Metro.

Christopher berkata, susulan kejadian itu, pelatih juruterbang terbabit dibawa ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.

"Bagaimanapun dilaporkan tiada kecederaan dialaminya dan dia hanya merasa sakit di bahagian dada akibat kesan hentakan.


"Selain itu, pesawat terbabit juga sudah berjaya dikeluarkan sepenuhnya dari lokasi kejadian pada jam 12.50 tengah hari," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038278 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top