CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Perempuan Dibuang Dalam Tong Sampah, Masih Hidup Dalam Kotak

18-8-2023 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1214| Komen: 2

Padawan: Seorang bayi perempuan ditemukan di tempat pembuangan sampah berdekatan sebuah pasar raya di Moyan Square, Batu Kawa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada orang awam jam 9.18 pagi hari ini.


Foto: Kosmo

Katanya, ketika ditemukan, bayi yang diletakkan di dalam kotak itu masih hidup.

"Bayi itu dihantar ke Klinik Kesihatan Batu Kawa untuk rawatan dan pemeriksaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Satu video berdurasi 14 saat menunjukkan penemuan bayi itu tular di media sosial pagi tadi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.046368 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top