PETALING JAYA – Isteri kepada pembantu juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam berkongsi tangkap layar mesej di WhatsApp yang tidak berbalas. Christine Yong menghantar pautan kejadian itu dan bertanyakan keadaan suaminya, Heikal Aras Abdul Azim kira-kira pukul 4.12 petang mengenai kejadian yang berlaku di Elmina.
“You okay? (Awak okay?),” soalnya. Bagaimanapun, mesej tersebut tidak dibaca oleh Heikal Aras. Christine berkongsi sebuah video memaparkan tangkap layar tersebut bersama beberapa keping gambar kenangan mereka sekeluarga. Di ruang kapsyen, Christine turut berterima kasih atas ucapan takziah dan kata-kata semangat yang diberikan buat dirinya dan keluarga. “Terima kasih atas kata-kata dan doa yang baik. Tolong hentikan sebarang spekulasi kerana perkara ini memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak yang sedang melalui saat sukar.
“Saya akan berkongsi sebarang berita mengenai arwah, buat masa ini mohon semua faham ruang yang kami perlukan terutamanya anak-anak. Dia (Heikal Aras) terbang lebih tinggi sekarang, berehatlah Heikal,” katanya. Terdahulu, Heikal Aras, 43, yang merupakan pembantu juruterbang disahkan maut bersama seorang lagi juruterbang dan enam penumpang dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina semalam. – CARI Sumber: Kosmo
|
bulalof replied at 18-8-2023 02:57 PM
menyampahnya semua nak letak ayat berehatlah. semuanya tiru ucapan kematian kristian. berehatlah apo ...
nuralisa replied at 18-8-2023 07:04 AM
oo yg ni yg nampak wife mcm chinese tu..
anak lelaki 2 org ...
vanillaninja replied at 18-8-2023 03:07 PM
Bukan 4 anak ke. 3 boys 1 girl kan.
bulalof replied at 18-8-2023 02:57 PM
menyampahnya semua nak letak ayat berehatlah. semuanya tiru ucapan kematian kristian. berehatlah apo ...
bulalof replied at 18-8-2023 02:57 PM
menyampahnya semua nak letak ayat berehatlah. semuanya tiru ucapan kematian kristian. berehatlah apo ...
purplelilac replied at 18-8-2023 03:42 PM
Baca kat FB katanya single dad
Cyempaka replied at 18-8-2023 04:02 PM
Aku rasa bkn tiru kristian ke apo..
Ustaz cakap roh orang baik yg boleh jawab soalan munkar nakir ...
limesherbet replied at 18-8-2023 03:57 PM
Rasa pilot wives ni tambah² kalau commercial international flights...skrip paling common bila suami ...
Buritan replied at 18-8-2023 04:09 PM
Oo dah divorce kee.. malas aku baca cerita elmina ni.. buat sedih aje.. buat mood ke lautan atlant ...
limesherbet replied at 18-8-2023 04:11 PM
Kan, takkan nak kata selamat melalui azab kubur(bagi roh² yg diseksa sampai hari kiamat)...
Cyempaka replied at 18-8-2023 04:02 PM
Aku rasa bkn tiru kristian ke apo..
Ustaz cakap roh orang baik yg boleh jawab soalan munkar nakir ...
she replied at 18-8-2023 03:46 PM
Amboi netizen pun
Sikit2 nak marah nak kecam waris
Apooooo tak rilek langsung
ADVERTISEMENT