Seorang wanita dikecam gara-gara membuat rakaman situasi asrama pelajar perempuan di sebuah sekolah di Kelantan dan memuat naiknya di TikTok. Katanya asrama tersebut sangat daif sambil memaparkan beberapa lokasi seperti di dalam bilik asrama, tandas, ampaian dan koridor luar.
Dia bagaimanapun tidak menyebut nama asrama berkenaan di dalam video tersebut. "Astagfirullahalázim... tak ada pintu. Serupa gelandangan. Ini bilik, busuk bau dia serupa air becak. Kalaulah boleh rekod bau. "Ini apa dia ni... kesiannya dekat adik aku. Bayar mengaji mahal-mahal. Pintu gobok (almari) ni lagi buruk dari rumah tok aku," katanya di dalam video berkenaan. Bagaimanapun selepas itu dia tampil meminta maaf. "Saya nak memohon maaf secara rela hati kepada pihak sekolah yang saya viralkan hari tu. "Saya memasuki kawasan asrama tanpa izin, merakam video dan memuat naik video itu sehingga viral di TikTok," katanya dalam video permohonan maaf yang dimuat naik.
Wanita tersebut turut menjelaskan situasi sebenar asrama berkenaan dan mengakui kesilapannya yang menularkan video tanpa usul periksa. "Sebenarnya blok itu dah dikosongkan untuk proses pembaikan sistem pendawaian. Isu tandas yang saya kata kotor tu, sebab tandas tu pun dalam proses pembaikan juga "Ada satu part yang saya sebut pasal bau kurang menyenangkan. Isu bau itu sebenarnya datang daripada longkang besar berdekatan sekolah dan longkang tu bukan dalam kawalan pihak sekolah. "Di sini saya mohon maaf setulus dan seikhlas hati kerana menimbulkan kesulitan kepada pihak sekolah dan ramai pihak," ujarnya sambil memaklumkan video asal yang dimuat naik olehnya telah pun dipadamkan. Dia dalam masa yang sama turut meminta orang ramai yang membuat perkongsian di laman sosial masing-masing agar memadamkan video berkenaan. -CARI Sumber: mStar
|
FOTHER-MUCKER replied at 19-8-2023 05:01 AM
Tak betul ke apa yang dia cakap?
Tinot7 replied at 19-8-2023 05:13 AM
Gobok ni bahse apa?
riyadhK replied at 18-8-2023 04:21 PM
Dah memang betul kan? Buknnya budak tu saje buat cerita kan?
nw111 replied at 19-8-2023 09:02 AM
Thn 90an, lepas srp (ye..akak dh tua..ambik srp dulu..), sek akak buat trip ke east coast...t ...
CatMiow replied at 19-8-2023 05:46 AM
johor rasanya guna gobok.
jazaa100 replied at 19-8-2023 08:58 AM
Gobok basa johor utk almari....
Tak tau sskjp pun dah guna perkataan gobok....mgkin dah ramai sgt ...
Tinot7 replied at 19-8-2023 09:27 AM
Kaka gegurl.. mmg la tanjat dok asrama boboi.. kalau kaka boboi, tak heran dgn asrama boboi..
ADVERTISEMENT