CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dia Merangkak Sebut Allah Sambil Minta Tolong,"- Saksi Terkilan, Tak Boleh Tidur Gagal Selamatkan Rider Nahas Elmina

18-8-2023 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4296| Komen: 18

Pesawat terhempas depan mata, namun tidak dapat menyelamatkan mangsa.

Salah seorang saksi dalam insiden pesawat terhempas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor pada Khamis tak boleh tidur terbayangkan arwah.


Foto: mStar

“Kapal terhempas depan mata saya dan saya turun dari lori, terdengar mangsa minta tolong. Dan saya ambil pemadam api yang ada di dalam lori.

“Saya terus pergi dekat mangsa, masa tu dia masih bergerak. Saya nak dekati dia yang masih bergerak, tapi masih ada barang-barang yang meletup.

“Saya terus pergi tembak pemadam api, tapi tak cukup untuk padam api di badannya. Saya sudah cuba nak menyelamatkan rider motor, maafkan saya,” menurut Muhd Affendi Sobri yang merupakan pemandu lori.

Muhd Affendi meluahkan perasaan serba salahnya kerana tidak membantu penunggang motosikal yang maut dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie dekat Elmina.



“Arwah jerit minta tolong. Saya tak sanggup tengok dia merangkak sebut nama Allah minta tolong.

“Pemadam api saya dah habis pakai untuk (padamkan) mangsa. Saya rasa bersalah sebab tak dapat bantu dia dari terbakar.

“Maafkan saya tak dapat selamatkan arwah, saya dah cuba,” katanya pada Jumaat.

Menurut Muhd Affendi lagi, ketika kejadian, sahabatnya yang merupakan kelindan lori ketika bersamanya menghubungi panggilan kecemasan, manakala dia keluar untuk menyelamatkan mangsa.

Malah video yang dirakam Muhd Affendi mengundang sebaknya dan insiden yang berlaku disaksikan di depan mata membuatkannya tidak tenang.

“Saya mula-mula sebak sebab arwah minta tolong, badan dia terbakar. Tapi tak mampu nak tolong sebab masa tu ada benda yang meletup. Selepas itu, baru saya tolong.

“Mungkin Allah nak uji saya dengan cara ni. Saya kuat kerana arwah... saya masih terbayangkan kejadian,” katanya lagi.

Terdahulu mStar melaporkan sebuah pesawat kecil terhempas di Elmina, dekat Denai Alam, Shah Alam pada Khamis petang.

Pesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, pada pukul 2.08 petang, dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Seramai 10 individu termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, maut dalam nahas tersebut.

Allahyarham adalah antara lapan individu yang menaiki pesawat ringan berkenaan.

Dua mangsa lain yang terlibat adalah seorang penunggang motosikal dan pemandu sebuah kereta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pada sidang media bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) memaklumkan mayat kesemua mangsa pesawat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan berkecai. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 18-8-2023 11:31 AM
Trauma brader ni.
Tapi kan, perlu ka bukak tered utk setiap recollection saksi² kejadian?
Perlu ka?
Perlu ka?
Xmasuk lg waris²,kawan²,kelig & jiran tetangga mangsa.
Quote Thunderclouds 18-8-2023 11:33 AM
Tp etlis stop la dh sembang politik
Quote myvi132806 18-8-2023 11:42 AM
Xpe bang. Sekurang nya ang dh berusaha nk tolong. Tapi sampai situ saja had pertolongan ang. Allah maha mengetahui.
Sedekah al-fatihah utk mangsa.
Quote mojarean_X 18-8-2023 11:44 AM
Sedihnya......mest api tu besar smpi pemadam api tu x cukup
Quote AbukRokok 18-8-2023 11:46 AM
Pentingnya ada simpan pemadam api... Kain dan air simpanan dalam kenderaan
Quote AbukRokok 18-8-2023 11:47 AM
Yg kereta tu kne hentaman direct rasanya
Quote CatMiow 18-8-2023 11:58 AM
AbukRokok replied at 18-8-2023 11:47 AM
Yg kereta tu kne hentaman direct rasanya

Ada kata penunggang dan pembonceng motor,tak sebut kereta, ntah la mana betul.
Quote DeLuna85 18-8-2023 12:01 PM
Apakah abang ni yang rakam mangsa terbakar itu? Rasa nak menyumpah siapa yang rakam tu
Quote jejaka_hensem 18-8-2023 12:02 PM
Dia ke yg rakam video rider terbakar tu?
Kalau dia yg record,memang patut ah tak leh tido malam,
Quote Nana_Man 18-8-2023 12:05 PM
You did your best to help. Tapi kemampuan pun terhad.
Dlm ramai2 mangsa,paling sedih bila baca pasal rider. Mgkn lepas identity pemandu kereta tau pun, aku sedih jgk..
Quote adeqbun 18-8-2023 01:52 PM
sedihnya...xsedar air mata mengalir time baca penglaman brader ni...speechless sbb cara plane tu crash mcm kene tembak dr udara pon ada
Quote opie5662 18-8-2023 02:12 PM
Aku yg tertengok video tu pon fobia. Lg la kalau tgk dpn mata... Adoiii.... Tatau la nk ckp
Quote jfq 18-8-2023 02:20 PM
Thunderclouds replied at 18-8-2023 11:31 AM
Trauma brader ni.
Tapi kan, perlu ka bukak tered utk setiap recollection saksi² kejadian?
Perlu ka? ...

Mmg tak perlu bukak thread berlambak2 utk tragedi ni.
Patut apa2 upate smua masuk kat thread yg digest tu
Tp tu la penulis2 cari ni sejenis yg berebut2 bukak thread baru. Dpt komision kot
Quote naina 18-8-2023 02:25 PM
At least ko pantas ambik pemadam api
Kalau aku kaku beku situ laaa terkejut trauma semua
Tapi kalau kau sempat selamatkan mesti kau lah Unsung hero disebut2..namun udah ajal..
Kesian betol mati terbakar seksanya lahaii
Quote wikedsaikel 18-8-2023 02:35 PM
Mana benang sepupu rider?
Quote gideoncross 18-8-2023 05:33 PM
Ada ahli politik dlm penerbangan, smoga bukan psl nak sabotage.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050482 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top