CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perit Sungguh Nak Dapat Minyak Peket! Peniaga Rungsing Untung Berniaga Semakin Kurang

18-8-2023 10:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4250| Komen: 63

JOHOR BAHRU – Masalah bekalan minyak masak peket di daerah ini terus membelenggu pengguna dan peniaga kecil sehingga menyebabkan perniagaan mereka terjejas ekoran kos operasi tinggi.

Seorang peniaga makanan, Anita Akitat, 46, memberitahu, dia memerlukan antara 35 hingga 40 kilogram (kg) minyak masak seminggu dan terpaksa mencari bekalan di lima hingga enam buah kedai demi memenuhi tuntutan perniagaan.


Namun, usaha itu adakalanya tidak membuahkan hasil apabila kebanyakan kedai mencatu penjualan dengan seorang hanya boleh membeli antara dua hingga tiga peket.

Foto: Kosmo

“Berikutan itu saya terpaksa menggunakan minyak botol dan sudah tentu kos operasi me­ningkat, namun harga jualan makanan kekal sama. Ini bermakna keuntungan dalam perniagaan semakin berkurangan.

“Bayangkan sekiranya berniaga selama seminggu, bekalan minyak masak peket hanya mencukupi untuk sehari setengah sahaja, hari-hari lain terpaksa guna minyak masak botol,” katanya kepada Kosmo.


Anita yang telah kira-kira 10 tahun berniaga berharap pihak berkuasa dapat memastikan bekalan minyak masak peket kembali mudah diperoleh. 

Peniaga makanan lain, Roslan Adan, 60, memberitahu, kesukaran mendapatkan bekalan menyebabkan dia terpaksa menggunakan minyak masak botol lima kilogram setiap hari.

“Saya masak roti canai, sudah tentu banyak minyak. Memang susah nak jumpa minyak masak peket sekarang, kalau jumpa pun cuma dapat beberapa sahaja dan ia tidak mencukupi untuk kegunaan harian.

“Demi kelangsungan, saya terpaksa membeli minyak botol untuk dibuat berniaga, walaupun keuntungan kurang tetapi apakan daya,” ujarnya.

Tinjauan di beberapa premis perniagaan sekitar bandar raya ini mendapati bekalan minyak botol memenuhi rak, namun penjualan minyak peket terhad kepada dua peket setiap keluarga. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote snowflakes 18-8-2023 01:07 PM
Bukannya rugi kan... cuma untung kurang je... kalau sedap memang orang akan setia membeli...
Tapi business yang lain macam kain baju tu memang dah kena slow ambil stok... sebab orang dah mula berjimat sekarang
Quote sarahmirza 18-8-2023 01:56 PM
Peniaga macam ni yang amik stok 35-40kg minyak seminggu tak boleh beli direct dr pemborong or kilang ke?
Betul la kalau kedai catu sorang beli max 2 or 3 paket je.. Kalau tak, korang je la memborong semua tak adil utk org lain yg pakai sepeket utk seminggu je
Quote gigahertz 18-8-2023 02:36 PM
sarahmirza: Peniaga macam ni yang amik stok 35-40kg minyak seminggu tak boleh beli direct dr pemborong or kilang ke?Betul la kalau kedai catu sorang beli max 2 or ...
ni peniaga modal takde.
kalau nak deal dengan pemborong ada minimum order qty kena ikut. kalau beli kat pasaraya cash boleh beli sikit sikit.

Quote limesherbet 18-8-2023 02:40 PM
Elok la tu, kesian pelanggan makan masakan guna minyak recycle tau.
Quote pearl.silver 18-8-2023 02:41 PM
Kt tempat i walaupun minyak bercatu, tetap ada peniaga dpt beli berkotak2. Main rasuah agaknya.
Quote cik_sssara 18-8-2023 04:48 PM
Tengok youtube kedai2 jalanan kat korea sana diorang mana guna minyak pek ekonomi. Semua I tengok guna minyak tin besar untuk deep fry.

Zaman dulu2 kita takde minyak masak paket kan? Sebab dulu atok ada kedai runcit, jual minyak masak ikut sukat botol. Orang kampung nak beli minyak masak kena bawak botol sendiri pastu pam guna pam besi. Pam tu siapa tak pandai pakai memang mencurah2 tumpah nanti.  
Quote renko 18-8-2023 05:14 PM
puak babi cmni la rupanya dah bolot awal2
orang rumah utk kegunaan sendiri max 3paket
babi2 berniaga ni berkotak2 xpe lak
babi
Quote krustykrab 18-8-2023 06:03 PM
Cuba tgk kat rumah² warga asing.
Quote namieamuro 18-8-2023 06:13 PM
minyak peket ni bkn utk peniaga pn kan?
Quote ultra78 18-8-2023 06:38 PM
Puncanya kerana rakyat malaysia suka makan kat luar..
Quote Perwira2022 18-8-2023 06:40 PM
Menteri 8 bulan ni keje main lato lato je kot
Quote margo20 18-8-2023 06:47 PM
Kate mintak da murah patutnya peniaga da tak perlukan minyak paket
Quote aechae 18-8-2023 07:43 PM
Minyak paket utk guna kt rumah kak oiii…nk buat meniaga beli berpuluh pek mmg lh org x bg.

30-40kg per week..klu dlm drum 18kg/drum. Sebulan 4 drums, 6 bulan usage plak 24drums uols boleh pegi beli kt pemborong trus.
Shelf life minyak masak 2 tahun ye…

Quote prettyuglybabe 18-8-2023 07:54 PM
peniaga celaka yang amik hak orang susah..
Quote brego 18-8-2023 10:16 PM
Edited by brego at 18-8-2023 10:17 PM

aku tak paham,
apasal sekarang takde jual minyak masak dalam tin,
macam dulu2, yang sedut pakai pump tu

saiz sebelah kiri tu,
baru la kena utk org meniaga





Quote cmf_almondpecan 18-8-2023 10:40 PM

Bukan ke minyak peket ni untuk kegunaan domestik dan bukan meniaga? Kalau peniaga dah borong semua, mana nak cukup minyak peket? Dah ambik minyak yang bukan hak peniaga, ada hati pulak komplen minyak peket tak cukup? Bayangkan kalau keluar artikel penjawat awam mengeluh rasuah susah nak dapat zaman ni sebab semua orang susah tak mampu nak bayar rasuah yang mencukupi.
Quote kam3n 18-8-2023 11:35 PM
Itu nama dah terang2 ada dalam artikel, tak ada nak ambil tindakan ke pada peniaga2 yang salah guna minyak peket ni? Ke sekadar kata salah je tapi tak ada penguatkuasaan?
Quote lanacondor 19-8-2023 12:08 AM
Awal2 tahun Ritu ada jual minyak masak paket kt lazada.berkotak2 jual. Skg cri xde dah
Quote aechae 19-8-2023 12:56 AM
brego replied at 18-8-2023 10:16 PM
aku tak paham,
apasal sekarang takde jual minyak masak dalam tin,
macam dulu2, yang sedut pakai pum ...

Ada lah..nk beli yg drum/tong gtu beli kena pndai cri supplier sbb xda jual kt kedai supermarket biasa packaging gini..
Cap sawit emas… peniaga2 pegi beli dgn LSH x pn sik cheong… klu google pn mmg byk kluar 2 nama ni yg supply…



Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.053071 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top