CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Adik Sayang Mama,"- Ibu Juruterbang Pesawat Nahas Elmina Terngiang-Ngiang Perbualan Telefon Dengan Arwah

18-8-2023 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2118| Komen: 3

Ibu kepada juruterbang yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam mengimbas kembali perbualan mereka kira-kira dua bulan lalu.

Menurut Mahanom Ismail, 67, anaknya iaitu Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan usus dan hempedu di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu.


"Masa tu saya masuk wad. Jadi dia tak balik. Alasan dia takut nanti anak-anak buat kecoh rumah mama, mama sakit, lepas tu nak kena kemas. Tunggu mama sihat baru bawa anak-anak balik.

"Last sekali dia kata adik sayang mama," ujarnya sebak ketika ditemui media di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Khamis malam.

Foto: mStar

Menurut Mahanom yang juga isteri kepada bekas juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Allahyarham Shahrul merupakan anak bongsu daripada dua beradik.


Mahanom berkata, Allahyarham berkemungkinan dikebumikan di Taman Melawati, Kuala Lumpur, atau Bukit Jelutong, Shah Alam, namun akan berbincang terlebih dahulu tentang hal itu dengan besannya.

Terdahulu, mStar melaporkan 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis. -CARI

Sumber: MStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 18-8-2023 02:15 PM
last contact 2 bulan lps..if lama tak balik kmpg pun paling jarang aku call n cakap dgn mak aku 2 hari sekali. normal ke org dh kawen n ada family sendiri tak contact mak smpi 2 bulan.
pape pun salam takziah kpd family mangsa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.044113 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top