CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantin Sekolah Di Pulau Pinang Jual Menu Restoran, Chicken Chop Pun Ada! Harga Murah-Murah, Bawa RM3 Dah Cukup Kenyang

18-8-2023 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3910| Komen: 22

Satu perkongsian  video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan menu di sebuah kantin sekolah.

Kelihatan kaunter di kantin tersebut dipenuhi dengan pelbagai juadah seperti spageti, sandwich, mi goreng, chicken chop, makaroni, bihun tomyam, bihun sup, nasi ayam, buah potong, kuih muih dan sebagainya.


Turut dinyatakan dalam perkongsian video tersebut, harga semua menu yang dijual juga bermula dengan RM1 hingga RM3.


Pengusaha kantin yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin berkata, dia dan sembilan lagi pekerjanya menyediakan sekitar 13 menu setiap hari untuk para pelajar dan warga sekolah Sekolah Menengah Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

"Setiap pengusaha kantin ni kena ikut garis panduan iaitu tak boleh jual menu sembarangan di sekolah terutama makanan ringan.

"Jadi sebagai pengusaha kantin, saya dan pekerja berbincang untuk mempelbagaikan menu yang berkhasiat dan mengenyangkan. Harga yang ditetapkan untuk setiap makanan bermula daripada RM1.


"Paling mahal pun RM3 saja iaitu menu untuk chicken chop, nasi ayam. Kami jual murah-murah saja supaya pelajar dapat makan makanan kegemaran mereka. Bawa RM5 pun dah kenyang," katanya kepada mStar.

Sudah lapan tahun memegang tender kantin di sekolah berkenaan, Fatin turut berkongsi pelbagai kenangan manis dan lucu yang tidak dapat dilupakannya.



"Dah lapan tahun, pelajar pun dah mengenali akak dan acik kantin. Paling manis bagi saya, setiap hari semua makanan pasti akan habis terjual.

"Yang kelakar pula, apabila sembang dengan pelajar, ada yang cakap mereka tak sabar tunggu waktu rehat sebab nak makan," katanya sambil ketawa kecil.

Fatin berkata, dia sekadar memuat naik video di aplikasi TikTok untuk berkongsi rutin harian selain berkongsi menu dengan pengusaha kantin sekolah yang lain.

"Ada kalanya pengusaha kantin nak cari kelainan dalam menu tapi tak ada idea... jadi saya saja-saja kongsi mana tahu boleh dijadikan rujukan," katanya lagi.

Tidak menyangka video perkongsiannya menjadi tular, Fatin berkata dia terharu bercampur gembira apabila membaca komen-komen netizen.

"Nak tergelak apabila baca komen-komen netizen. Ada yang minta saya jadi acik kantin di sekolah anak mereka... ada yang nak pindahkan anak mereka ke sekolah tempat saya bekerja.

"Ada yang kata nak bersekolah semula. Alhamdulillah saya bersyukur kerana semuanya komen positif.

"Secara tak langsung, ia membangkitkan lagi semangat saya untuk berikan yang terbaik untuk warga sekolah di sini," akhirinya.-CARI

Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 18-8-2023 09:59 AM
Sekolah rendah ka?
Byk ja lg kantin yg jual mknan 2-3hinggit.
Ok la tu.
Nk murah mcm jaman kita sekolah mmg xdpt la.
Budak² miskin dpt rmt.
Tp sekolah menengah mknan kantin mmg mahal.
Bertabah je la.
Quote jihyomelly 18-8-2023 10:22 AM
sek menengah kan…nampak sedap2..sek lama iols fames dgn nasi ayam pak ali..memang legend dari senior2 thn 80an sampai ke thn 2000 kalau x silap..the best nasi ayam!!!
Quote nanasno 18-8-2023 10:57 AM
iols nak tanya je skola2 ada tak buat campaign canteen kurangkan pakai plastik. iols leh bayang besepah2 plastik terbuang. video tu semua bekas plastik. tak boleh ke pakai pinggan je makcik canteen basuh balik. kerajaan dok surh push pasal ESG tapi skola2 masih pakai plastik. ntah la iols terpk je.
Quote shida81 18-8-2023 11:34 AM
Ank ak sek kt Seremban.. Dia ckp nasi harga 3hggt tp ayam dia kecik Sgt.. Sudahnya ari2 bw bekal
Quote mojarean_X 18-8-2023 11:40 AM
Rindunya nk jd pelajar sekolah
Quote snowflakes 18-8-2023 01:00 PM
nanasno replied at 18-8-2023 10:57 AM
iols nak tanya je skola2 ada tak buat campaign canteen kurangkan pakai plastik. iols leh bayang bese ...

Makcik kantin pun malas nak basuh pinggan... pakai plastik senang...
Quote tri-max 18-8-2023 01:19 PM
kalau da nampak tempting sgt tu,
bukan budak2 je membeli
mak bapak pon tumpang sekaki
Quote sarahmirza 18-8-2023 01:49 PM
snowflakes replied at 18-8-2023 01:00 PM
Makcik kantin pun malas nak basuh pinggan... pakai plastik senang...

Susah nak educate orang2 supaya kurangkan penggunaan plastik. I pernah join meeting gempak citer nak buat sustainable township tapi masa meeting dok distribute air mineral dlm botol... Kenapa tak guna jug dan gelas?
Quote gideoncross 18-8-2023 05:52 PM
Kat Bruneiku terchenta $1 je.
Quote card_reader 18-8-2023 07:09 PM
masa aku sekolah rendah, ada menu asing...mee hailam, kena order kat dapur tepi

rasanya time sekolah rendah makan mewah daripada sekolah menengah...
Quote kerunai 18-8-2023 07:31 PM
negeri2 isele lain di kerajae perpaduey dan perikatey menate hanyim toksir tiru ke macei negeri kapir ni buat ?

hok alos ...
Quote B40tastePosh 19-8-2023 01:46 PM
Aku rasa yang bisnes ni mesti Melayu...tak suka duit
Quote B40tastePosh 19-8-2023 01:48 PM
Edited by B40tastePosh at 19-8-2023 01:50 PM
sarahmirza replied at 18-8-2023 01:49 PM
Susah nak educate orang2 supaya kurangkan penggunaan plastik. I pernah join meeting gempak citer n ...


Sebab tu kena naikkan industri handmade ceramic.

Kalau nak environmental friendly tapi local economy tak friendly tak guna jugak...Malaysia ni banyak import barang dari luar.

Aku dah lama juga observe benda ni, Raja Muda Selangor pun pernah sebut pasal ni  
Quote antikorok 19-8-2023 01:49 PM
Wowww. Best betol. Kalu gini haku sbg remaja purba pon nak menempel pergi beli, lebih murah berbaloi2 daripada menu Rahmah tuhhh
Quote shernazz 19-8-2023 02:40 PM
Okay lah tu..
Menu skola.anak.iols yang SK...Nasi lemak ..ayam.goreng..mee.goreng
Sedih nengok...tu harga rm2..
Sama.je.dgn.harga kedai Nasi lemak..
Baik beli Nasi lemak kat kedai luar..haha...
Tp Anak iols.mmg.slalu bawak.roti je..sebab dia ckp Baik Makan nasik kat rumah
Quote sarahmirza 21-8-2023 09:29 AM
B40tastePosh replied at 19-8-2023 01:48 PM
Sebab tu kena naikkan industri handmade ceramic.

Kalau nak environmental friendly tapi local econ ...

Kena bawa beg sendiri masa shopping grocery pun ramai dah merungut. Hahaha
Quote Lampuled 21-8-2023 09:36 AM
nanasno replied at 18-8-2023 10:57 AM
iols nak tanya je skola2 ada tak buat campaign canteen kurangkan pakai plastik. iols leh bayang bese ...

Dulu i pernah keje di penang. Nak tapau mkanan kat mn2 kena bawa bekas sendiri.
Beli lauk lunch cmtu. Mula2 rasa janggal tp lama2 ok sbb tgk sekeliling semua usung bekas.
Skrg tak pasti masih mcm tu lg ke tak.
Quote Honey_Inara 21-8-2023 04:53 PM
Rindunya makanan kat kantin sekolah iols dulu. Dah la murah sedap² pulak tu.
Mee sup
Laksa pineng
Nasi goreng kerabu
Keropok lekor
Teh ais
Quote kucingitam 21-8-2023 05:27 PM
teringat nasi lemak kat kantin masa sekolah rendah dulu... sedap..tapi sambal secoet..tapi makcik kantin letak satu mangkuk sambal kat tepi..sapa nak tambah sambal silakan, no extra charge..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.052491 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top