CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Berang Penyondol Sihir, Hantar Video Berzina Dengan Azlan Komeng

17-8-2023 07:32 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 18835| Komen: 143|Original author: Saiful

Isteri Azlan Komeng, Nur Nilam mendedahkan ada penyondol yang cuba meruntuhkan rumah tangganya bersama aktor itu.

Dakwa Nilam, wanita tersebut cuba menjatuhkan rumah tangganya bersama Azlan melalui sihir dan menghantar video-video lucah bersama pelakon itu.



“Manalah maruah kau ni kan? Tak habis dengan sihir kau hantar dekat aku. Kau nampak tak jalan, kau nampak aku sihat, kau hantar screenshot bagai macam-macam dekat aku conversation antara kau dengan laki aku dulu.

“Okay fine lah, takpa. Kau cakap macam-macam, cakap laki aku nak bunuh aku lah, dia yang hantar sihir kat aku lah. Tak cukup, kau nampak aku tenang, relax, sentiasa berkasih sayang dengan laki aku, hari ni kau hantar video kau dengan Komeng,” katanya menerusi video di TikTok.

Kekal mempertahankan posisinya sebagai isteri, Nilam menyatakan dirinya tidak tergugat dengan setiap hantaran yang dikongsikan oleh individu tersebut.




Malah, isteri pelakon filem Remp-It itu turut mempersoalkan semula nilai harga diri wanita yang cuba meruntuhkan bahtera yang telah dibina bersama Azlan.

“Ala dik, benda lepas. Siapa yang tak buat dosa? Semua orang buat dosa. Aku paling malu adalah kau tu perempuan. Serious aku tak habis fikir perempuan macam kau boleh hantar video yang korang berz*na pada isteri dia dengan harapan aku bergaduh dengan laki aku.

“Yang murahnya kau, yang mudahnya kau. Kenapa berkait dengan aku? Aku tak faham apa yang kau nak dari aku ni? Kau hantar video lucah kau dengan Azlan Komeng, screenshot, voice record dekat aku untuk apa? Untuk aku menilai bahawasanya murahnya kau?

“Tulah dik, bila lelaki itu tak nak menikahi kau sekadar pelepas nafsu, kau marah pastu serang bini dengan harapan aku melantun. Taklah, sebab kisah tu kisah silam,” jelasnya.



Enggan mengenang kisah lama suaminya itu, Nilam memohon agar individu terbabit berhenti menghantar mesej-mesej lucah dan tidak mengganggunya lagi.

“Tapi pelik kenapa kau hantar aku gambar bogel kau, gambar menjijikan. Aku tengok pun kena samak mata. Cukup eh, aku malas benda ni dah mengarut. Jangan, takpayah hantar apa-apa dekat aku sebab aku tetap santai di posisi aku.

“Kisah lepas Azlan Komeng aku tak hirau, tak heran, aku tak mahu campur, aku tak mahu tahu. Setiap orang ada kisah silam, sekarang ni aku nak berjalan dengan dia. Janganlah campur, sudah-sudahlah.



“Kau relax kat tepi, jadi penonton je sekarang. Sebab aku sekarang ni pemain, kau dah habis tempohnya dah. Tolong ke tepi, tolong buka laluan pada yang halal nak lalu.

“Kau haram, tolong faham bahawasanya kau ni abi-abi, sudah-sudahlah ya. Tak payahlah penatlah. Aku letih nak tengok video yang kau hantar,” katanya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 17-8-2023 07:47 PM
Mmg kena bgtau kisah aib ke camne?
Atau ni bukan aib?
Quote miss_strangers 17-8-2023 07:49 PM
Muka jantan xsiap pon ada betina nak sondol ye..xfaham aku
Quote lazim 17-8-2023 07:58 PM
Masalahnya jantan ni lg hodoh dr shuk
Quote love_warrior 17-8-2023 08:09 PM
miss_strangers replied at 17-8-2023 11:49 AM
Muka jantan xsiap pon ada betina nak sondol ye..xfaham aku

Copy paste komen ni????????????
Quote Purplehaz 17-8-2023 08:11 PM
Laki, bini, skandal 2x5 same rempitttan murahan jaja cite
Quote doubleA 17-8-2023 08:11 PM
Baru tau nama dia azlan komeng. Wah aib sebar sendiri, dunia2. Pengajaran la lain kali ingat Tuhan sebelum buat jahat, dapat pompuan saiko sepanjang hayat menderita kalau dibalas dendam
Quote September14 17-8-2023 08:11 PM
Klu pelakon sendu muka x mari xyah la bukak benang
Quote slyfynx 17-8-2023 08:22 PM
So mmg ade video la laki die main?
Quote lanacondor 17-8-2023 08:29 PM
Betul la tu. Aku suka je akak ni. Ko nk anta video ko berzina semua nk btp?siap anta gmb bogel btp? Ko la bodoh pcy jantan tu. Alih2 jantan tu elok2 dgn bini dia. Ko yg rugi dik. Bersyukur la akak tu x upload semua video ko lagi ko malu.
Quote Delifrance 17-8-2023 09:07 PM
miss_strangers replied at 17-8-2023 07:49 PM
Muka jantan xsiap pon ada betina nak sondol ye..xfaham aku

Baru nak kata benda yg sama
Quote Sachacha 17-8-2023 09:09 PM
Tak herlok serba serbi pun bolehhh
Quote kerani_je 17-8-2023 09:11 PM
Sbelum viral kisah die ni,  i ada tertengok tt bini die. Over btul duk meratib lakinye ada yg nk sondol. Bangga btul die dpt laki tu mcm dpt berlaki kan fattah amin. Sape je heran laki muka indon dia tu. Teracah sgt die laki bini ada yg nk merobohkn masjid diorg. Laki ni dah kawin 3 kali n skandal punye ramai.
Quote Icecoffeeeeeeee 17-8-2023 09:12 PM
Selalu tertengok live tiktok dia ni. Setiap masa la merentan. Rimas tengok
Quote Komenga 17-8-2023 09:19 PM
Kenapa dia bukak aib laki dia sendiri?

Quote DeLuna85 17-8-2023 09:21 PM
Dia bgtau kita semua laki dia main betina lain. Malu la makcik
Quote Antifake 17-8-2023 09:34 PM
kerani_je: Sbelum viral kisah die ni,&nbs ...
lerr 3 kali.. mmg sejarah lelaki ni problematic la
Quote kitmal 17-8-2023 09:37 PM
miss_strangers replied at 17-8-2023 07:49 PM
Muka jantan xsiap pon ada betina nak sondol ye..xfaham aku

muka yang tak siap ni lah yang selalu rela disondol
Quote CiliPadiSedap 17-8-2023 09:40 PM
nasib baik bukan friska. kalau tak dia sondol sampai lambung2 cm lori balak muatan penuh lalu atas bonggol
Quote Mekgadis16 17-8-2023 10:08 PM
Sape ni? Tak kenal laaa. Helppp

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.174771 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top