CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Mangsa Nahas Elmina Tersebar: Api Marak Atas Kepala, Mayat Rentung Terbakar, Tangan Terangkat Ke Atas

17-8-2023 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7124| Komen: 5

Gempar kejadia pesawat kecil terhempas di Elmina, dekat Denai Alam, Shah Alam, pada petang Khamis.

Orang awam yang berada di sekitar lokasi itu turut berkongsi foto serta video keadaan kecoh yang berlaku di sana.


Menerusi video tular, kelihatan kepulan asap hitam di udara serta kesan hitam terbakar di atas jalan tar yang mana beberapa individu turut mengerumuni lokasi berkenaan.


Selain kehadiran anggota polis, jentera bomba juga dilihat tiba di lokasi itu untuk kerja-kerja menyelamat.

Paling menyayat hati tentunya video berdurasi 11 saat, memaparkan seorang individu yang terbakar berhampiran tempat pesawat itu terhempas.

Ketika rakaman video dibuat, api kelihatan masih marak di bahagian kepala mangsa, manakala anggota tubuh yang lain kelihatan hampir rentung.


Tidak jauh dari kedudukan mangsa itu turut kelihatan sebuah motosikal yang dipercayai ditunggangnya sedang terbakar.

Netizen turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan mengakui terkejut dengan kejadian itu.

"Pesawat kat Elmina. Mayat tengah terbakar lagi dengan tangan terangkat.

"Ada satu video tu aku tengok lama-lama baru perasan tu sebenarnya mayat mangsa yang terbakar.

"Ada few video nampak mayat terbakar, tak sanggup nak buka terus delete," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim memberitahu tiga individu terkorban dalam kejadian itu.

Ia membabitkan juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang penunggang motosikal yang dipercayai dirempuh pesawat berkenaan.

Difahamkan pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 17-8-2023 05:08 PM
kan dh ada thread tu
yg hang pi bukak bnyk2 pasai paa

klu forummer lain tu phm jgk
ni org yg sah2 keje dgn cari

Quote Cyempaka 17-8-2023 05:14 PM
Bukak thread semata2 nak cakap tentang mayat rider sambil cedok komen org kat socmed lain. Itu je level nyeee
Dah berpage page orang sembang siap gambar video kat thread sebelah
Quote tikusmontok 17-8-2023 05:22 PM
supernaturalee replied at 17-8-2023 05:08 PM
kan dh ada thread tu
yg hang pi bukak bnyk2 pasai paa


Dia jugak yg bukak thread tu pukul 3.44 tadi...bingai!!

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.109598 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top