Seorang wanita, Abigail Snowball , dijangkiti COVID 19 pada Julai 2020 dan menjadi salah seorang ‘mangsa’ komplikasi jangka panjang atau Long Covid. Long COVID menyebabkan dirinya kini hanya duduk di kerusi roda, makan melalui saluran pemakanan selain mengalami masalah tidak boleh membuang air kecil sejak tahun 2020.
Pakar mengesahkan wanita yang mengaku kehidupannya sangat sihat sebelum diserang COVID 19 itu sebagai sindrom Fowler. Sindrom Fowler sendiri merupakan kondisi yang jarang berlaku dan menyerang wanita muda usia 20-an hingga 30-an sehingga tidak mampu membuang air kecil. “Saya menyedari tidak membuang air kecil selepas ditanya oleh seorang petugas di hospital sewaktu mendapatkan rawatan kerana Long COVID beberapa bulan selepas bebas penyakit itu pada 2020. “Dan sejak itu kesihatan saya menurun. Pundi kencing saya tidak lagi berfungsi. Saya kini tidur di atas sofa dan suami akan menguruskan jika saya ingin ke tandas,” cerita Snowball kepada The Independent.
Sehingga kini, Snowball yang tidak kencing selama tiga tahun mengatakan membuang air kecil adalah perkara yang terlalu menyakitkan baginya. “Membuang air kecil terlalu menyakitkan buat saya. Ada masanya saya mengambil masa sehingga empat jam untuk kencing dalam keadaan yang sangat sakit,” dedah Snowball. Selain tidak kencing, Snowball juga mengaku sudah setahun tidak makan kecuali menerima makanan melalui saluran pemakanan yang dipasang pada dadanya. -CARI Sumber: Gempak
|
adelea replied at 18-8-2023 11:34 PM
Long covid ni ada macam2 efect
Aku plak jadi pening klu org sauteed food
Sampai ke sudah aku x bg ...
Buritan replied at 19-8-2023 01:45 PM
First time dengo effect kobik bengong mcm ni.. aku plak rasa lps kobik.. anxiety.. masing punya bh ...
adelea replied at 19-8-2023 05:20 PM
Boss aku pon macam ni gak
Am not alone
Ada my friend pon alami bende yg sama
Buritan replied at 19-8-2023 05:27 PM
Sian hang no..
adelea replied at 19-8-2023 06:28 PM
Masa kena covid tu mmg dia attack deria bau kot sbb aku masa kena tu … bila berjalan rasa macam o ...
Buritan replied at 19-8-2023 06:33 PM
Hang kena kobik yg mula mula tu kr.. aku kena yg omicron tuu yg dah tak kuat sgtlaa org kata.. kir ...
adelea replied at 19-8-2023 07:40 PM
Tak … alu kena gelombang yg last , bulan dec last year … 3!tahun jaga x kena tiba tiba
Aku dapa ...
ADVERTISEMENT