CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Konsert Fantasia Bulan Salju Bukti Search Masih Berbisa- Vokal Amy Padu, Pukulan Dram Naim Daini Curi Tumpuan

17-8-2023 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3032| Komen: 3

Tak perlu aksi 'luar biasa, Kumpulan Search sekali lagi membuktikan kemampuan mereka dengan menghiburkan 4,000 peminat di konsert Fantasia Bulan Salju yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highland baru-baru ini.


Energi yang cukup sempurna seperti lagenda rock Rolling Stones dan Pink Floyd berjaya membuatkan kumpulan penyanyi berkenaan menjadi artis tempatan pertama yang mengadakan konsert di puncak Genting Highland itu.

Foto: IG

Biar pun bertembung dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu, konsert Fantasia Bulan Salju ini tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Persembahan bermula tepat pukul 8.45 malam dengan pembukaan muzik padang pasir yang menggambarkan penggembaraan Search bersama penonton.

Lebih 20 buah lagu dimainkan termasuk Fenomena, Paranoid, Isi Atau Kulit, Cakap Memang Murah dan Pelesit Kota.



Dalam pada itu, Isabella menjadi antara lagu 'wajib' yang harus dipersembahkan kerana lagu ini menjadi judul filem yang turut membariskan Search dan Amy sebagai teraju utama.

Seleksi lagu-lagu slow rock juga turut dipersembahkan termasuk Rozana, Laila Nama Mu Teratas dan Nigina.

Sekali lagi gemaan vokal penonton bersatu dengan vokal penyanyi Amy.


Sementara itu, kemunculan Naimi Daini, 17, turut menjadi tumpuan peminat dengan konsistensinya bersama pukulan dram.

Ini merupakan konsert berskala besar kedua buat Naimi selepas persembahan di Nusafest.


Tirai konsert dilabuhkan dengan lagu Pawana yang dipetik daripada album Fenomena sekali gus menjadikan konsert Search Fantasia Bulan Salju antara konsert berprestij di Malaysia.


Sistem bunyi yang cukup mesra telinga berkenaan disemarakkan dengan penataan lampu yang cukup indah bagi melenyapkan rasa lama sepanjang konsert yang berdurasi 180 minit itu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 17-8-2023 10:37 AM
Seriau tgk emy melompat gitteww
Quote supernaturalee 17-8-2023 01:41 PM
pnh g konsert search kt mines
separuh konsert layan sambil berdiri
separuh lg iol melepak kt blkg sambil duduk2 sembang2



Quote kepingbewok 17-8-2023 01:44 PM
music kuat sgt sampai tenggelam suara amy.
first half layan..second half,main phone.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.029349 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top