Oleh Izzah Abbasy
Tabiat membuang sampah melalui tingkap kereta bukanlah perkara baru. Memang dah perangai sejak kecil agaknya kan? Betulkah begitu? Ya, adakalanya ia memang perangai sejak azali. Bila dah besar, menyusahkan orang sahaja. Kadang-kadang kesian tengok perangai manusia sebegini. Bukan apa, biasanya orang seperti ini nak pastikan dalam kereta dia bersih tanpa secebis sampah pun. Tapi boleh pula sampah dibuang terus melalui tingkap keretanya tanpa segan silu dan tanpa kesedaran sivik. Kalau beruk atau monyet mungkin bolehlah buang samapah merata-rata sebab dia tak ada akal. Pernah tak, sedang syok dan fokus memandu, tiba-tiba kereta depan buang sampah keluar melalui tingkap kereta mereka kemudian terkena pula cermin hadapan kereta kita, tak ke naik angin. Tak pasal-pasal boleh kemalangan. Iyalah, terkejut kan? Hanya dengan sehelai tisu pun, nyawa orang lain mungkin boleh melayang. Itu cerita mengenai kereta. Jika tiba-tiba ada motosikal yang terlanggar atau sampah tersebut mengenai diri mereka, bukankah motor mereka boleh terbalik dan jatuh? Lebih-lebih lagi di tempat selekoh. Lagi kesian dan sedih apabila anak kecil yang membuang sampah melalui tingkap kereta. Daripada mana anak kecil itu belajar? Sudah tentulah daripada ibu bapa yang melakukan amalan kurang bijak tersebut. Betul tak? Anak-anak ini segala tingkah laku ibu bapa mereka, pasti akan diikuti dengan cepat. Ibarat 'bapa borek anak rintik'. Walaupun isu ini nampak ringan, kecil dan tak penting pun bagi segelintir orang, tapi impaknya sangat besar terhadap alam sekitar dan kebersihan persekitaran di Malaysia. Didik hati, didik diri sendiri dan ajar anak-anak untuk larang buang sampah melalui tingkap ini. Sediakanlah plastik di dalam kereta dan apabila sampai ke destinasi atau tempat rehat, buanglah sampah tersebut dalam tong samapah yang disediakan. - CARI Infonet Kredit foto : Google
|
9
Bagus |
15
Marah |
8
Terkejut |
23
Sedih |
14
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mokcikKSKB replied at 16-11-2015 08:59 PM
Sendu je thred ni..sbb ape agaknya?sbb majority porumer spesis ni jugak.kalau kat pahang particularl ...
revolusi_30 replied at 17-11-2015 11:34 AM
Selalu akak tengok plat D yg banyak buat gini. Pakai kopiah x pakai kopiah. Sama jah.
ADVERTISEMENT