Tidak seperti kelahiran anak pertama, pengacara dan usahawan Neelofa lebih terbuka menunjukkan wajah bayi keduanya, Abdullah Abbas buat tatapan umum. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkongsi sesi fotografi bersama Abbas dan jelas kelihatan wajah bayi itu pada sebuah pantulan cermin.
Hantaran tersebut dikongsikan di IG Story memaparkan sesi fotografi sedang dijalankan. Malah dia turut memuat naik gambar Abbas namun dalam posisi meniarap. Sebelum ini Neelofa mengambil masa selama lapan bulan untuk berkongsi wajah anak pertamanya Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu. Dia dan suaminya Pencetus Ummah (PU) Haris sama-sama setuju untuk tidak memuat naik wajah Bilal kerana bimbang terkena penyakit ain. Malah ketika memuat naik gambar bertiga, dia turut menutup wajah Bilal dengan sticker. Ketika itu, ramai dalam kalangan peminat menanti untuk melihat wajah anak pertama itu selepas beberapa bulan dilahirkan sehingga ia menjadi isu dalam kalangan peminat.
Ketika Neelofa mengumumkan melahirkan Abbas, ramai juga sudah membuat jangkaan dia tidak akan berkongsi wajah anaknya itu dalam masa terdekat. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Abbas dilahirkan pada 11 Julai lalu. Sumber: mStar, IG Neelofa
|
Belibis replied at 16-8-2023 11:07 PM
Ada ke yang kebuloq nak tengok anak ko??
MyLadyMarmalade replied at 16-8-2023 11:10 PM
Mungkin jah bosan tak ada orang zikir nama dia..maklumla lapar perhatian..
Tapiii, baby yg tgh dal ...
Bukankualilekuk replied at 17-8-2023 03:41 AM
Kali ni takde terpenjara, tp zombie terukkk katanya. Halahhh Halahhh jahhhh. Anak baru dua, ada maid ...
Realpeople17 replied at 17-8-2023 07:29 AM
Cara jah tulis tu nmpk mcm dia tahan geram or marah kn. Pastu baru nk dpt tido ank sulung plak kac ...
ADVERTISEMENT