CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dini Dah Lali Hadap Bipolar Janna, Selalu Beri Semangat

16-8-2023 07:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9691| Komen: 31

Pelakon Dini Schatzmann, 28, mengaku sudah lali berdepan masalah bipolar yang dihidapi isterinya, Janna Nick.

Dini yang membintangi filem Malbatt Misi Bakara sentiasa berada di sisi Janna untuk memberi semangat, termasuk dalam serangan terkini dialami isterinya, baru-baru ini.



"Beberapa hari sebelum kejadian, Janna beritahu dia dapat rasa seperti bakal diserang kemurungan dan sangat 'down'.

"Jadi, cara saya untuk tangani masalah adalah dengan menjadi sistem sokongan dan bahu tempat isteri bersandar.

"Mereka (penghidap bipolar) tidak minta apa-apa pun, cukup ada orang yang boleh dengar apa yang hendak diluahkan sahaja," katanya kepada BH Online.

Dini berkata, jadual penggambaran Janna yang tidak menentu mungkin menyebabkan dirinya mudah berdepan kemurungan.


Selepas berkahwin pada 10 Jun lalu, Dini menambah, mereka hanya dapat berehat dan berbulan madu selama lima hari sebelum Janna kembali ke set penggambaran.

"Baru-baru ini, Janna terbabit dengan penggambaran dari jam 8 malam hingga 6 pagi. Mungkin disebabkan tidak cukup tidur dan rehat, selain terpaksa berulang alik ke lokasi yang jaraknya agak jauh, beri kesan emosi kepada penghidap 'bipolar disorder' seperti Janna.

"Orang yang menghidap bipolar ada dua fasa. Peringkat pertama, dia teruja hendak buat semua benda. Fasa satu lagi, mereka tidak mahu keluar rumah, bersiap atau jumpa orang.

"Mereka juga cenderung berfikir terlalu banyak. Kadang-kala, mereka tidak ada masalah. Tetapi, otak mereka terlalu banyak berfikir hingga disangka ada masalah.

"Jadi, kalau Janna risau, saya perlu tenangkan dan sentiasa ingatkan bahawa dia sebenarnya okay," katanya.


Berkongsi kehidupan berumah tangga, Dini mengaku melalui fasa bahagia kerana setiap kali pulang dari kerja, ada insan istimewa menanti di rumah.

Bagaimanapun, Dini menambah, mereka perlu bekerja keras kerana banyak wang dihabiskan untuk majlis perkahwinan dan proses berpindah ke rumah baharu, kelak.

"Siapa tahu jika ada rezeki anak, kami kena fikirkan persiapan untuk anak. Soal anak kami serahkan kepada rezeki. Jika ada rezeki dapat anak awal, kami terima," katanya.

Dini dan Janna bernikah pada 10 Jun lalu setelah hampir empat tahun berkenalan. Pasangan itu memilih bernikah secara tertutup di Masjid A'shah Sungai Menghulu, Langkawi.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-8-2023 11:17 PM
Untung janna dpt Dini yg baik
Quote mawardia 16-8-2023 11:31 PM
Sejak bila JN ada Bipolar? Setahu I ols dia ada Depression je.
Quote Lvstar 16-8-2023 11:38 PM
Dini sngt memahami untung janna
Quote haznor 16-8-2023 11:40 PM
Bipolar memang tak boleh terlampau aktif / penat. Hidup tenang je la JN.
Quote Minami2013 16-8-2023 11:52 PM
Bipolar ni kalau time dtg tu 2, 3 hari tak tido tapi cergas... pas tu phase klimaks mcm org gile bercakap non stop berejam. Moga dini bertahan dan tabah lah.
Quote Mekpah2 16-8-2023 11:59 PM
bagi semangat jer?? kau ambik lah tugas mencari duit tu, biar janna slow down sikit keje2 beliau n fokus dgn kesihatan beliau pulak..janna job bnyak smpai kesihatan terabai..mental lah ape lah..
Quote Heydidle 17-8-2023 12:04 AM
Minami2013 replied at 16-8-2023 11:52 PM
Bipolar ni kalau time dtg tu 2, 3 hari tak tido tapi cergas... pas tu phase klimaks mcm org gile ber ...

Bercakap sorang?
Quote Heydidle 17-8-2023 12:05 AM
haznor replied at 16-8-2023 11:40 PM
Bipolar memang tak boleh terlampau aktif / penat. Hidup tenang je la JN.

Apa efek aktif n penat kpd bipolar?
Quote rayna_raynes 17-8-2023 12:32 AM
mawardia replied at 16-8-2023 11:31 PM
Sejak bila JN ada Bipolar? Setahu I ols dia ada Depression je.

Dia memang diagnosed bipolar, bukan MDD.


Quote rayna_raynes 17-8-2023 12:32 AM
Heydidle replied at 17-8-2023 12:05 AM
Apa efek aktif n penat kpd bipolar?

Overly stimulated, boleh induce either manic atau depressive stage

Quote rayna_raynes 17-8-2023 12:35 AM

tak semestinya. Manic phase setiap orang pun berbeza. Ada yg jadi excited dan talkative, tapi bercakap dengan orang, bukan bercakap sorang

Quote Minami2013 17-8-2023 07:37 AM
Heydidle replied at 16-8-2023 04:04 PM
Bercakap sorang?

Bercakap ngan orang... orang tak perlu respon pun dia akan bercakap je. Kalau tk de org dia akan menyanyi sorang2 siap menari. Itu yg i pernah nmpak lah.
Quote pocongkiutss 17-8-2023 07:42 AM
Dini & Janna ni Libra vs Gemini so ngam ler
Quote jlo 17-8-2023 07:45 AM
bagus dini..bagi moral support
ada kawan opis ni cerita...cousin dia kene..sedih pilu je tapi bagus nye dorang sama2 harung pujuk2 bagi semangat
Quote KBW2 17-8-2023 07:55 AM

Mungkin saikosis kot, dengar "suara" atau berhalusinasi-- nampak benda yang takda. Tu yang bercakap-cakap sorang diri tapi bagi dia, dia tak keseorangan.
Quote Burong_Hantuk 17-8-2023 07:56 AM
All the best
Quote DeLuna85 17-8-2023 07:56 AM
Mekpah2 replied at 16-8-2023 11:59 PM
bagi semangat jer?? kau ambik lah tugas mencari duit tu, biar janna slow down sikit keje2 beliau n f ...

Jannah tengah laku. Lagipun memang nampak jannah rajin kerja. Maybe dia rasa dia masih muda dan time ni la dia kena all out bekerja.
Quote JiEunTak 17-8-2023 08:07 AM
sian janna....
aci dak aku speku dia TERPAKSA bekerja sbb nak sara hidup mak ngan adik2 dia....

rasa kalau depa x bergantung harapp kat dia mebi dia bleh relaks2 chill2 saja kat rumah sesambil buat bisnes production dia ka atau wat keja2 promote products mcm ayda jebat


sian laa kat hang janna oi...
mujoq dapat laki ada darah omputih yg pemikiran dia x mcm laki2 malaysia

akak doakan semoga dini jaga hang elok2
Quote Mekpah2 17-8-2023 09:46 AM
DeLuna85 replied at 17-8-2023 07:56 AM
Jannah tengah laku. Lagipun memang nampak jannah rajin kerja. Maybe dia rasa dia masih muda dan ti ...

iols xsuruh dia bhenti pon..suruh slow down sikit jaga kesihatan..duit bnyak buat ape kalo kepala otak mental..skarang duk pikir cara2 nk bunuh org..esok lusa xtw ape lg dlm kepala otak mereng dia tu..

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.077650 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top