CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zainal Abidin Sindir Artis Baharu Suka Cari Kontroversi Nak Popular

16-8-2023 07:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8432| Komen: 28

Penyanyi berpengalaman, Zainal Abidin, 62, menyindir sikap artis baharu yang suka mencari kontroversi demi menuai populariti sekelip mata.

Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed berkata, sikap sedemikian adalah satu kesilapan besar yang kelihatan begitu terdesak hendak menjadi popular dalam industri muzik.



“Mereka ini terdesak hendak kejar likes, followers dan subscribers. Namun, apabila tak dapat semua itu mulalah rasa kecewa dan akhirnya kemurungan.

“Itu yang terpaksa naik lori dan pakai baju pelik. Ada pula yang sanggup buka baju dan bertelanjang supaya dipandang orang.

“Sebetulnya adalah asah bakat sebaiknya dan kejar untuk menghasilkan produk yang bagus, baru populariti dan kemewahan akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, bekas vokalis Headwind itu berpandangan syarat bagi mana-mana artis untuk mengadakan konsert solo pertama mereka adalah mempunyai sekurang-kurangnya tujuh lagu hits.


“Bukan setakat satu lagu hits dan selebihnya nyanyi lagu orang lain. Bagaimana orang ramai mahu sanjung dan menghargai bakat anda, sedangkan sudah bayar tiket sampai mencecah ribuan ringgit?

“Anda mesti mempunyai minimum tujuh lagu hits untuk dinyanyikan dalam tempoh sejam persembahan. Semua peminat yang hadir tahu lagu tersebut dan mereka boleh menyanyikan bersama,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 16-8-2023 08:15 PM
62 dh umur dia…..best lh kumpulan  headwinds ni
Quote cicicumel 16-8-2023 08:17 PM
Anak didik dia zaman Mentor dah masuk gua balik ke selepas juara BS?
Quote bondeh 16-8-2023 09:26 PM
Follow ig anak dia timurgabriel lawak suka parody.
Quote Burong_Hantuk 16-8-2023 09:34 PM
Antara penyanyi favourite aku
Quote ajinomotonosuga 16-8-2023 09:39 PM
Burong_Hantuk replied at 16-8-2023 09:34 PM
Antara penyanyi favourite aku

ko ni sure pompuan...kan
Quote cikperiukkera 16-8-2023 09:42 PM
Acik jenal mengata bekas housemate protege ke teww?
Quote September14 16-8-2023 10:52 PM
Dia punya protege yg hebat sgt tu pun hrtu pkai songkok lpstu bju hitam sendat tetek smpi ke leher xnk kutuk pulak
Quote JunkMail 16-8-2023 10:54 PM
Yang penting anak beliau lawak
Quote ashilalat 16-8-2023 11:39 PM
Mmg betol apa dia cakap..sentap karatz aina bendul
Quote mamajawie 17-8-2023 11:02 AM
bondeh replied at 16-8-2023 09:26 PM
Follow ig anak dia timurgabriel lawak suka parody.

lah, anak dia ke tu?giler ahhh libertard habis dgn gmba biki pastu ngan tattoo dia..



Quote Sazreena 17-8-2023 12:04 PM
Kahkahkah...betul sangat tu bang jenal. Honestly aku tak tau apa yg best lagu enah bedul tu. Takde seketul yg aku leh ingat apatah lagi melekat.
Quote wadiunong 17-8-2023 12:11 PM
Edited by wadiunong at 17-8-2023 12:13 PM
bondeh replied at 16-8-2023 09:26 PM
Follow ig anak dia timurgabriel lawak suka parody.



OMG minah tu anak dia ke? tak sangkaaa. dah cerai ke Zainal dgn mak Timur tu? mmg nampak urban abis Timur ni
Quote wadiunong 17-8-2023 12:12 PM
Sazreena replied at 17-8-2023 12:04 PM
Kahkahkah...betul sangat tu bang jenal. Honestly aku tak tau apa yg best lagu enah bedul tu. Takde s ...

setuju. iols takleh masuk lagu2 yg jerit2 ni. actually Aina tu kalo nyanyi lagu yg low rendah lg sedap sbnrnya.
Quote bondeh 17-8-2023 12:26 PM
mamajawie replied at 17-8-2023 11:02 AM
lah, anak dia ke tu?giler ahhh libertard habis dgn gmba biki pastu ngan tattoo dia..



Yang pasti dia mengaku dia half Malay. Nampak cam pacik jenal nih macam tak pedulikan dia, adik & maknya lepas cerai sebab dia mention mak dialah ayah yang jaga dorang.
Quote bondeh 17-8-2023 12:29 PM
wadiunong replied at 17-8-2023 12:11 PM
OMG minah tu anak dia ke? tak sangkaaa. dah cerai ke Zainal dgn mak Timur tu? mmg nampak urban ab ...

Dah lama cerai chuolls. Dengarnya kisah dulu2 jenal & maknya Timur nih cerai sebab maknya terpikat dengan guru tuition anaknya huhu.

Chuolls muda sangat ke tak tahu kisah nih haha
Quote supernaturalee 17-8-2023 01:10 PM
bondeh replied at 17-8-2023 12:26 PM
Yang pasti dia mengaku dia half Malay. Nampak cam pacik jenal nih macam tak pedulikan dia, adik &  ...

ade je kan thread cari psl isu ni


Quote marchikobonzo 17-8-2023 02:09 PM
bondeh replied at 16-8-2023 01:26 PM
Follow ig anak dia timurgabriel lawak suka parody.

I mmg follow timur dah lama, tak sangka anak dia ni..lawak betul timur tu..
Quote bondeh 17-8-2023 02:41 PM
supernaturalee replied at 17-8-2023 01:10 PM
ade je kan thread cari psl isu ni

Thread purbakala meolls rasa lama dah kan.
Quote bondeh 17-8-2023 02:44 PM
marchikobonzo replied at 17-8-2023 02:09 PM
I mmg follow timur dah lama, tak sangka anak dia ni..lawak betul timur tu..

Ye. Sebelum nih dia pernah jadi host utk 8tv quicky kan.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.196511 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top