CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

ADUN Batu Tiga Shah Alam Puji Harun Salim Bachik "Arwah Bapa Memang Suka Belanja Orang Makan Dan Jaga Kebajikan"

16-8-2023 07:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7660| Komen: 12

Danial Al Rashid,37 mengimbau sikap Allahyarham bapanya iaitu pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik yang gemar belanja rakan-rakannya makan sekiranya ada kesempatan.

ADUN Batu Tiga, Shah Alam itu berkata, perbuatan itu bukan ingin bermegah dengan kekayaan sebaliknya memang menjadi amalan dan sikap Allahyarham yang memang suka menjamu orang lain dengan makanan selain menjaga kebajikan mereka.


Kata Danial, contoh yang ditunjukkan itu memberi kesan mendalam kepadanya dalam membentuk dirinya sebagai seorang wakil rakyat.

Foto: mStar

"Ramai orang tak tahu arwah seorang yang pendiam apabila berada di rumah tapi lebih menunjukkan dengan perbuatan.

"Biasanya bila saya keluar bersama arwah dan kawan-kawan arwah, saya selalu perhatikan ayah memang suka menjamu orang lain makan.

"Bukan mahu tunjuk dia banyak duit tapi itu cara dia jaga orang lain. Contoh ditunjukkan buat perkara itu sentiasa tersemat dalam hati dan ia beri kesan secara tidak langsung kepada saya," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Danial yang sudah berjinak-jinak dalam dunia politik sejak menuntut di universiti memberitahu Harun tidak pernah menghalangnya bergiat dalam bidang itu malah sentiasa menyokong semua perjuangannya.

Meskipun Allahyarham tidak terlibat secara langsung dalam dunia politik, namun jawatan sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang dipegang pada 2009 hingga 2012 membuatkan dia berasa kagum dengan sifat kepimpinan Harun ketika itu.

"Saya tidak tahu tentang presiden Seniman sekarang atau sebelum itu, tapi arwah selalu fikir tentang orang lain berbanding fikir fasal dirinya sendiri.

"Perkara itu membuatkan saya mahu berfikiran seperti dia malah ada ideanya ketika itu yang saya rasa lain daripada lain yang membuatkan saya kagum dengannya.

"Idea mengenai mahu memastikan semua ahli Seniman mempunyai simpanan KWSP saya rasa belum pernah dibuat sebelum ini," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai tugasnya sebagai Adun Batu Tiga, Shah Alam, Danial berharap mampu menggalas amanah dan mandat diberikan rakyat kepadanya.

"Harapan saya agar ada kerjassama yang baik dengan masyarakat di Batu Tiga tanpa mengambil kira fahaman politik, saya nampak Batu Tiga boleh pergi lebih jauh," ujarnya.

Untuk rekod, Danial adalah calon muka baharu Pakatan Harapan (PH) menewaskan calon Perikatan Nasional (PH) yang juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu.

Danial kini sah memegang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan Batu Tiga, Shah Alam.

Rina pula hanya mendapat 25,682 undi.

Selain Rina dan Danial, kerusi Batu Tiga juga ditandingi calon dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syaidiyah Izzati Nur Razak yang memperoleh 1,902 undi.

Danial adalah anak kedua Harun hasil perkongsian dengan bekas isteri, Martina Ahmad, 61 tahun.

Allahyarham meninggal dunia pada 8 Mac 2015 ketika berusia 56 tahun akibat sesak nafas. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 16-8-2023 08:25 PM
Dh bodo plk wartawan ni rina jd ph
Quote Tapayana 16-8-2023 09:10 PM
la anak arwah harun ka? awat media tak penah up pasal danial ni.
Quote Orix 16-8-2023 10:07 PM
Laaa 2015 dia meninggal. Kertunya iols. Rs mcm baru je lg layan dia ngn afdlin shauki dlm lawak ke der. Yg tu epic hurkeh esp part anting2 dia jatuh. Lama dah rupanya [em:9:]
Quote Suchi 16-8-2023 10:52 PM
Suka lakonan arwah harun, dia selalu pegang watak2 ala jahat(talam 2 muka) tapi kelako.
Mcm bell tu laa watak dia lebih kurang


Quote NazRysha 17-8-2023 08:33 AM
Suka sangat kalau Arwah Harun Salim Bachik ni kalau berlakon. Lawak jer.
Selalu partner dia Afdlin Shauki kan
Alfatihah.
Quote rosedemon 17-8-2023 09:10 AM
yela2 so nk kena puji ke apa ni anaknya
Quote kucingitam 17-8-2023 09:11 AM
stop riding your father and start working, yb..
Quote heythere123 17-8-2023 10:51 AM
anak arwah retiz pon rajin noks bukak tred
Quote tripleid 17-8-2023 12:00 PM
drama lagend..


[youtube]DdjQ7X65jmo[/youtube]
Quote matseh 17-8-2023 12:21 PM
Teringat rumah kedai
Quote mamajawie 17-8-2023 12:39 PM
apa kesial la dah memang adun batu suku tu kn anak arwah??lain la lim kit siang ke nobita yg puji...hanjeng sangat reputs
Quote DayangKirana 17-8-2023 04:33 PM
oooo..anak nye ke?
ok..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.120343 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top