CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aziz M. Osman Malas Nak Kisah Tentang Penceraian- "Lily Masih Uruskan Saya Sampai Sekarang"

16-8-2023 07:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7357| Komen: 2

Aziz M. Osman menafikan dakwaan dirinya sengaja menyembunyikan perceraiannya dengan Puteri Lily Lokman.

Aziz menegaskan dia enggan terlalu mencanang kisah peribadi secara terperinci memandangkan usianya kian meningkat.


Foto: Kosmo

“Saya bukan sembunyikan diri, cuma ini hal peribadi. Tidak perlu orang tahu proses perceraian atau apa yang berlaku antara saya dan bekas isteri.

“Cukuplah, asalkan saya dan anak-anak masih mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat.

“Tiada guna (kongsikan) dalam usia sekarang, apatah lagi saya ada ramai anak,” katanya kepada Kosmo.



Bagi pengarah filem XX Ray itu, kehidupan harus diteruskan dan dia memgambil langkah tidak mengambil pusing perkara tidak perlu tanpa perlu hebahkan kepada umum.

“Kita perlu move on. Saya sangat positif dengan kehidupan kini dan ambil yang terbaik selain pekakkan telinga.

“Perkara membabitkan hal dalaman biarlah kita simpan sendiri. Tidak perlu kecoh, keluarga sahaja yang tahu.

“Tidak penting untuk maklumkan kepada semua dengan apa yang sudah berlaku,” jelasnya lagi.


Bagaimanapun, pengarah berusia 60 tahun itu masih mengekalkan hubungan baik dengan Puteri Lily demi kesejahteraan.

“Lily masih uruskan saya sampai sekarang. Kami akan menyiapkan cerita baharu.

“Dia adalah penerbit dan saya mengarahkan serta tulis skrip. Hubungan kami masih baik,” tuturnya.


Minggu lalu, bekas isteri Aziz itu mendedahkan hubungan rumah tangga mereka akhirnya terlerai selepas 13 tahun perkahwinan.

Pemilik nama lengkap Abdul Aziz Othman @ Yusof mendirikan rumah tangga bersama Lily pada 6 Jun 2010 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak.

Merupakan perkahwinan ketiga, Aziz yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Nor Aliah Lee iaitu seorang pelakon dan pengarah. Rumah tangga mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.

Selepas berpisah dengan Aliah, pengarah filem Senario The Movie itu kemudian mendirikan rumah tangga dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008.

Namun, perkahwinan mereka dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita itu masih dalam tempoh idah ketika majlis pernikahan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-8-2023 09:10 AM
soooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Quote mamajawie 17-8-2023 10:29 AM
sudah2 la tu atok..tngok masih nk berharap kat ex apa salahnya rendahkan skit ego tu g pujuk si ex tu..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.046394 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top