CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhan Rani Bersuara Isu Pelajar Dipukul Sebab Berebut Awek, "Boleh Tak Jangan Dibuang Sekolah, Buang Ke Laut Je La"

16-8-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6838| Komen: 3

Azhan Rani berang dengan sikap sekumpulan pelajar yang memukul seorang remaja lelaki berusia 15 tahun gara-gara berebut teman wanita.

"Zaman sekolah ini tidak perlu terlalu bersungguh-sungguh kalau meminati seseorang remaja wanita atau lelaki di sekolah. Jangan terlalu percaya pada muka ketika ini kerana kita tidak tahu sama ada akan bertahan sehingga usia 30 atau 40 tahun.


"Mungkin ketika ini dan tahun akan datang melihat individu itu terpaling cantik tetapi mungkin 10 tahun akan datang bukan saja wajah, malah susuk tubuh turut berubah.

Foto: IG

"Kadang kala yang kita tidak pandang di sekolah itu yang akan membuatkan kau meleleh air luar selepas dia 'grooming' pada masa hadapan di alam pekerjaan nanti.

"Hendak pilih orang rumah pun tunggu sehingga ada pendapatan sendiri, bukan apa, ini kerana hendak membela anak orang dan memberi makan pakai. Jadi ketika itu nanti, pilihlah sebaiknya mengikut selera masing-masing," tulis Azhan di IG.


Tegas Azhan, isu buli bukanlah sesuatu yang baru namun pelajar tidak seharusnya terpesong dari landasan berada di sekolah untuk menimba ilmu.



"Jangan salah buat keputusan, baik berikan sepenuh fokus dengan niat asal orang tua menghantar ke sekolah. Bukan sengaja hendak membebel namun saya geram kerana pergaduhan berlaku disebabkan seorang 'awek'.

"Kalau betul pun hanya seorang saja yang akan dapat, yang lain-lain itu tiada apa pun faedahnya. Lebih baik belajar elok-elok setelah masing-masing berjaya. Apa-apa pun biarlah jumpa jodoh, jangan jumpa bodoh," tulisnya.


Terdahulu, tujuh remaja lelaki termasuk seorang warga negara asing ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam satu kes pergaduhan di sebuah taman permainan di Taman Bestari Indah, Johor Bharu pada Selasa.

Punca pergaduhan dipercayai kerana suspek utama yang berusia 15 tahun tidak berpuas hati kerana mangsa dikatakan bercinta dengan 'awek'nya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-8-2023 09:09 AM
clichenya nasihat ko bang alahai simpan jela pndapat ko tu
Quote sangbara2020 17-8-2023 09:31 AM
hahaha....ape brg gaduh sbb awek...
Quote prince_marhaen 17-8-2023 10:51 AM
masalahnya kau dah 40++ pun takde awek bang... cliche sangat nasihat tu kalau iya nak merempan the limelight pun... jangan sampai orang speku abang ni sesuatuuuuu ye... dalam pada kasar kasar tu pun boleh kantoi tau.. hati2 bang jangan selalu nak mencelah sangat... huhuhuhu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.049763 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top