CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ismahalil Nak Naikkan Semula Bapakku FM- Perlu Kekuatan, Teknikal Dan Mental 'On Air' Radio Sendiri

16-8-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6469| Komen: 4

Selepas keluar penjara, Ismahalil Hamzah kini menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebagai punca pendapatan bagi menampung kehidupan keluarganya.

Isma, 50, berkata, dia menjual ubat penawar mata, kopi dan produk-produk lain yang dipasarkan oleh pendengar-pendengar radio Bapakku FM dahulu.


Foto: Harian Metro

"Semua saya jual. Sekurang-kurangnya saya berusaha untuk cari nafkah serta rezeki. Insya Allah... ada pendapatan untuk keluarga.

"Sebenarnya kebebasan ini saya dahulukan untuk mak saya, untuk solat saya dan untuk keluarga saya. Insya Allah kalau kita kejar akhirat, dunia akan ikut sekali.

"Bila kita buat semua itu, kita akan rasa tenang," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Isma sebelum ini terbabit dengan satu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.

Dia kemudian dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu.


Pengasas radio dalam talian Bapakku FM ini berkata, dia akan kembali ke radio, namun memerlukan sedikit masa untuk menyusun langkah semula.

"Saya tengah set up untuk buat apps yang baru dan laman web yang baru. Bila dah sedia baru saya ke udara semula.

"Ia berbeza dengan jadi tetamu jemputan. Saya jadi tetamu Kool 101 untuk berkongsi pengalaman dengan radio lain.

"Manakala on air di Bapakku FM dah tentu berbeza. Saya perlu kekuatan, perlu persediaan, aspek teknikal, mental untuk on air radio sendiri ini," katanya.

Ditanya kewujudan radio MyFriend.FM yang dikatakan menggantikan Bapakku FM, Isma berkata, ia antara usaha untuk mengekalkan pendengar sedia ada.

"Sebenarnya bila saya kat dalam (penjara) saya macam dah mati. Tiada hak, tiada kuasa nak menegah, nak mengiyakan serta nak melarang apa yang kakitangan saya cuba buat.

"Mereka cuba menghidupkan radio sendiri untuk meneruskan apa yang ada. Kononnya tak nak pendengar itu lari, tak nak bagi ahli kelab itu lagi. Ia ialah kelab pendengar radio Bapakku FM.

"Tapi mereka tiada cukup kuasa untuk buat Bapakku FM. Tak cukup aura untuk buat Bapakku FM kerana saya yang buat. Saya yang cipta dan saya yang maintainkan," katanya.

Menurutnya, mereka cuba buat radio MyFriend.FM semampu yang mereka boleh buat.

"Jadi saya tak boleh kata setuju atau tidak. Saya cuma mendoakan radio Myfriend berjalan dengan baik. Apabila saya kembali semula, radio MyFriend.FM akan dijenamakan kepada Bapakku FM semula.

"Bapakku FM tak berkubur. Walaupun Facebook lama dah ditutup, Facebook Bapakku FM dibuat semula dan kini pengikutnya dah mencecah 100,000 orang. Kami perlu ambil masa perlahan-lahan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 17-8-2023 09:09 AM
sukati ko la pakcik
Quote mamajawie 17-8-2023 10:30 AM
banyak duit buat macam2 ni??
Quote Burong_Hantuk 17-8-2023 11:55 AM
jijikkk aku dgn isma halil nih..drpd dulu ada jerr benda2 bodo & x bermoral yg dia buat
Quote taji2906 17-8-2023 12:32 PM
"Tapi mereka tiada cukup kuasa untuk buat Bapakku FM. Tak cukup aura untuk buat Bapakku FM kerana saya yang buat. Saya yang cipta dan saya yang maintainkan," katanya.


nada berlagak plak aku baca ni.

teringat kes yg orang kata dia pakai guna2. buat org pempuan tunduk kat dia. tup2 dia kantoi kes dadah. tp lepas

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.070776 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top