CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sebagai Isteri Walau Tinggi Macam Mana Pun, Jadi Humble Dan Rendahkan Diri Dekat Suami,"-Amyra Rosli

16-8-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5311| Komen: 11

Menerusi temubual bersama aktres Tya Arifin, Amyra Rosli berkongsi kisah di sebalik perkahwinannya bersama Amar Baharin. 

Dah berkahwin selama tujuh tahun, Amyra mengakui dia seorang isteri yang berdikari, namun akhirnya akur kepada permintaan suami yang mahu isteri bergantung kepadanya.


Foto: IG

“Saya dengan Amar pasangan yang dominant. Macam harimau jumpa singa. Contoh, saya nak buat sesuatu tapi suami tak bagi. Tapi saya tahu saya sangat independent.

“Suami akan terasa macam ‘kenapa tak nak bergantung dekat aku, aku kan suami kau’. Tapi lepastu saya pula rasa yang saya tak nak susahkan dia, biar saya buat.

“Tapi bila dah lama-lama, saya cuba untuk memahami seorang suami memang nak isteri itu bergantung kepada dia,” katanya.


Sementara itu, Amyra sempat memberi pesanan kepada para isteri untuk merendahkan diri, walau tinggi mana pencapaiannya dan menurunkan ego dengan sentiasa memohon maaf.

“Kalau dia marah, saya diamkan diri bagi dia tenang. Tak ada macam, dua-dua nak naik angin. Kita jadi kawan, jangan kongkong pasangan kita.

“Dan jangan biarkan pergaduhan tu terlalu lama, sangat tak bagus. Kalau boleh sebelum tidur kita kena berbaik.


“Mungkin kalau berbaik dalam waktu terdekat, akan ada rasa tak puas hati tapi tak apa yang penting mulut kena selalu minta maaf terutamanya isteri.

“Kita kan nak reda suami. Sebagai isteri walau tinggi macam mana pun, jadi humble dan rendahkan diri dekat suami,” tuturnya.



Sekadar info, Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 5 dan Ayra Aryssa, 3. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 16-8-2023 07:59 PM
Sanggup jadi bodoh bodoh?
Quote rosedemon 17-8-2023 09:09 AM
ahahahahaha lawakkkkkk ek. nmpk sgt si laki ko tu tkot ko terbang jauh dr dia
Quote prince_marhaen 17-8-2023 10:55 AM
amar hamster dominant ke? ke acah2 dominant tp sebenarnya insecure? wife banyak gila job & ambassadors.
btw, amar junior tu comel pulak kan chubby2 berisi gitu, dia macam budak chubby tapi nampak kemas & handsome la sikit.. tak macam budak chubby lain yang perut je boncit...
Quote tahanie 17-8-2023 11:16 AM
Tak payah lah nak nasihat. Lain orang, lain padang.
Quote wadiunong 17-8-2023 11:37 AM
motip acik2 forum sentap?
Quote vanillaninja 17-8-2023 11:43 AM
I rasa apa yang sheols cakap betul je. Sejak bila pulak rendahkan diri dengan suami tu maksudnya bodohkan diri untuk suami?
Quote doodlediddle 17-8-2023 01:23 PM
vanillaninja replied at 17-8-2023 11:43 AM
I rasa apa yang sheols cakap betul je. Sejak bila pulak rendahkan diri dengan suami tu maksudnya bod ...

Betul! Mmg perlu pun rendah diri kat rumah albeit kau CEO of a company pun. Rumah is rumah provided suami kau x mempergunakan kau and abuse kau. Bukannya si amar ni clipped his wife’s wings. Sbb Amyra ni to me, she still fly high with acting jobs and ambassadors. So amar is being a good husband supporting his wife cuma kat rumah, dia nk lah wife dia ade respect kat dia sikit as a husband. Supaya bergantung pada dia as a suami. Bukan smuanya amyra kene buat and decide for herself. Penting BOTH kne respect each other!
Quote botol_purple 17-8-2023 03:40 PM
Dah macam muka anak kak ton plak dalam gambar pkai baju merah ke brown tu .
Quote TerataiMelur02 17-8-2023 03:46 PM
Cantik amyra ni
Quote virgocircus 17-8-2023 04:07 PM
Heshe cantik pakai shawls...Ade org cantik pakai bawal.. gitulah..
Quote tulip-rain 17-8-2023 04:22 PM
Lemah tak bermaya je aku tengok amyra ni.
Tak payah nak cerita kisah rumahtangga, nak bg tips ke ape. Kau baru kahwin 7 tahun.
Retis2 ni bagi tips itu ini ckp kemain mcm bagus.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.072461 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top